KUALA TERENGGANU - Kebanyakan sekolah di Terengganu mempunyai sistem keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) yang lemah, hasil audit yang dijalankan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dari tahun 2010 hingga Julai 2016.

Malah, tiada sekolah yang dikategorikan gred A atau terbaik bagi penarafan KKP, hasil pengauditan di 194 buah sekolah di negeri ini sepanjang tempoh itu.

Pengarah JKKP negeri, Ir Dasuki Mohd Heak berkata, daripada jumlah itu, 52 sekolah menengah dan 45 sekolah rendah dikategorikan gred D atau lemah manakala 23 buah sekolah pula dikategorikan sebagai gred E kerana tiada sistem keselamatan dan kesihatan.

“54 buah sekolah dikategorikan gred C atau sederhana iaitu 25 buah sekolah menengah dan 29 sekolah rendah, manakala gred B pula sebanyak 21 buah iaitu 14 sekolah menengah dan 7 sekolah rendah yang mempunyai sistem KKP yang baik.

“Kita melihat 120 buah sekolah yang dikategorikan gred D dan E dari segi keselamatan dan kesihatan ini yang perlu diberikan penekanan,” katanya kepada media sempena Kempen Keselamatan di Sekolah (OSH In School) 2017 yang diadakan di pejabat RTM Terengganu di sini, hari ini.

Menurutnya, hasil daripada pengauditan yang dilakukan, antara isu-isu KKP di sekolah ialah jawatankuasa keselamatan dan kesihatan tidak diwujudkan atau tidak aktif, selain tiada pemeriksaan tempat kerja serta tiada sistem pengurusan bahan kimia di makmal sekolah.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • MELAKA - Sebanyak RM47.5 juta diperuntukkan kerajaan negeri bagi membiayai pengurusan sekolah agama di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) tahun ini.
  • KUALA KETIL - Hanya baki berjumlah RM25,000 diperlukan Sekolah Rendah Islam Raudhatul Muslimin (SRIRM) dari perkampungan Islam Sungai Kembal, di sini bagi menampung aktiviti dan keperluan pada bulan Ramadan ini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.