SETIU - Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKP) mohon segerakan Akta Pemberi Pinjam Wang 1951. Peraturan-peraturan Pemberi Pinjam Wang dipindahkan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Yang Dipertua PKP, Samsudin Mohd Fauzi berkata, ia bagi memudahkan pengguna membuat aduan terutama masalah berhubung syarikat pemberi pinjam wang berlesen.

Menurutnya, akta berkenaan yang kini berada di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) hanya mempunyai satu cawangan sahaja di Putrajaya berbanding KPDNKK yang mempunyai pusat aduan tribunal di seluruh cawangan dalam negara.

"Secara tidak langsung, aduan daripada pengguna lebih cepat diterima jika KPDNKK atau pusat aduan bawah Pejabat PDNKK diberi kuasa melalui akta terbabit.

"Ia memudahkan orang ramai membuat aduan di pusat aduan berdekatan dengan mereka tanpa perlu ke KPKT di Putrajaya," katanya.

Samsudin berkata, PKP telah memohon akta itu dipindahkan kepada KPDNKK sejak 2012 dan masih tiada tindakan.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA TERENGGANU - Hak memukul anak-anak untuk tujuan mendidik perlu diberi kepada ibu bapa dan tidak perlu dipindahkan kepada tangan lain, melainkan memukul sehingga mencederakan.
  • PASIR MAS - Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Kelantan tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001 dengan undang-undang lain yang dijangka dibentangkan di parlimen pertengahan tahun ini.