KUALA NERUS - Kementerian Sumber Manusia mengambil inisiatif membantu individu yang diberhentikan kerja dengan mengenal pasti kepakaran dan memberi latihan bersesuaian supaya mereka dapat mencari sumber pendapatan lain untuk meneruskan hidup.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Abd Mutalib berkata, sepanjang tahun lalu, seramai 37,000 orang diberhentikan kerja di seluruh negara, di mana sektor pembuatan adalah tertinggi direkodkan.

Menurutnya, di pantai timur industri minyak dan gas adalah sektor yang paling ramai memberhentikan pekerja.

“Bagaimanapun, kerajaan telah mengambil inisiatif dengan memikul tanggungjawab mengesan dan membantu individu yang diberhentikan kerja dengan memberi latihan yang bersesuaian dengan mereka.

“Kementerian memperoleh maklumat mengenai pekerja yang diberhentikan ini menerusi kerjasama dengan syarikat serta kesatuan sekerja yang menghubungi kita.

“Justeru, dengan maklumat yang diperoleh itu kita akan mengenal pasti kemampuan dan kemahiran yang dimiliki untuk mengikuti latihan yang bersesuaian agar mereka dapat mencari peluang pekerjaan lain,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui pada pada program Panel Diskusi Sistem Upah Yang Dikaitkan dengan Produktiviti (PLWS) Zon Pantai Timur di salah sebuah resort, di sini.

Katanya, langkah yang diambil itu jelas membuktikan kerajaan sentiasa prihatin dengan masalah yang dihadapi rakyat terutamanya dalam situasi ekonomi yang tidak stabil ketika ini.

Sementara itu, mengulas mengenai sistem PLWS, setakat April lalu, sebanyak 81,207 syarikat telah melaksanakannya dengan memberi faedah kepada kira-kira 3.5 juta pekerja di seluruh negara.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PENDANG - Seorang suami terpaksa berhenti kerja sebagai pengawal keselamatan untuk menjaga isterinya yang menghidap kencing manis.
  • BENTONG - Seorang anak sanggup berhenti kerja semata-mata mahu menjaga bapanya selepas diserang angin ahmar kali kedua pada tiga bulan lalu.
  • LABIS - Seorang anak di Felda Chemplak, di sini, terpaksa berhenti kerja bagi menjaga adik-adik selepas ibunya perlu menjaga bapa mereka yang kini terlantar di hospital akibat kanser paru-paru tahap empat dan lumpuh.
  • ALOR GAJAH - Seorang suami sedih mengenangkan keadaan isterinya yang akan kehilangan kedua-dua kaki akibat kencing manis kronik setelah kaki sebelah kanannya, dipotong tahun lalu.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.