MARANG - Seorang wanita maut manakala empat cedera selepas kereta dinaiki bertembung  di Kilometer 42, Jalan Kuala Terengganu ke Kuantan, di Gong Balai di sini, hari ini.

Ketika kejadian pada jam7.10 pagi itu, mangsa, Noorulizaine Mat Noh, 35, yang memandu kereta jenis Proton Iriz maut di tempat kejadian dan  penumpang, Mohamad Norkhairullah Mohd Subaha, 28, cedera ringan.

Mangsa  yang beralamat dari Taman Sakti Manir, Kuala Terengganu dalam perjalanan ke Kemaman, manakala penumpang kenderaan itu dari Jalan Merawang Kampung Mak Chili Paya, Kemaman.

 

Antara mangsa yang cedera dalam membabitkan sebuah Proton Iriz dan Persona di Gong Balai  Marang hari ini.

 

Tiga lagi mangsa, pemandu Proton Persona, Lim Mee Cin, 35, dan dua penumpang, Chal Siok Fun, 37,  Lee Jul Si, 7, yangdalam perjalanan ke Kuala Terengganu turut cedera.

Kemalangan tersebut dipercayai berlaku apabila kereta dipandu Lim hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta dipandu Noorulizaine dari arah bertentangan.

Pemandu Proton Persona juga merupakan seorang guru bersama dua penumpang kereta itu dipercayai dalam perjalanan untuk menyertai pertandingan Larian Jambatan Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Suhaimi Ali berkata, pemandu Proton Iriz meninggal dunia di tempat kejadian akibat pertembungan dua kenderaan itu.

Menurutnya, penumpang Proton Iriz dan tiga lagi mangsa cedera menaiki Proton Persona dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk mendapatkan rawatan lanjut.

"Bedah siasat tidak dijalankan kerana waris tidak mahu menjalankan bedah siasat dan telah membuat laporan polis untuk tidak menjalankan bedah siasat ke atas mangsa.

"Jenazah mangsa dibawa ke Unit Forensik hospital sama dan kemudiannya diserahkan kepada waris mangsa untuk urusan pengebumian," katanya hari ini.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PUCHONG - Dua remaja parah selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 15.7, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) dari arah Saujana Putra ke Shah Alam, di sini, pagi tadi.
  • MERSING - Seorang lelaki maut di tempat kejadian dalam kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di KM 11 Jalan Jemaluang-Mersing awal pagi tadi.
  • KLUANG - Seorang bapa sedia memaafkan penunggang motosikal yang melanggar anak lelakinya, Muhammad Furqan Danial Md Fadzli, 2, di hadapan rumahnya di Jalan Intan 4/5, Taman Intan, di sini, 7 November lalu.
  • KOTA BHARU - Malang tidak berbau. Demikian nasib yang menimpa Mohd Fakhrul Muzammil Abdullah, 12, setelah maut dirempuh kereta yang masuk ke bengkel motosikal di Kampung Pak Badol, Bachok, kelmarin.
  • SEREMBAN - Seorang wanita nyaris maut apabila kereta yang dipandunya terbabas dan terjunam ke dalam cenuram sebelum tersangkut di sebatang pokok dalam kejadian berhampiran Klinik Kesihatan Linggi, Port Dickson tengah hari tadi.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.