SETIU - Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara menyasarkan pengeluaran sebanyak RM5 juta hasil berkenaan di negeri ini pada tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Perusahaan, Perladangan dan Komoditi negeri, Datuk Pehimi Mohamad berkata, sasaran itu dijangka mampu dicapai dengan adanya kawasan tanaman baharu berkeluasan 1,000 hektar pada tahun sama.

Menurutnya, kawasan tumpuan adalah di daerah Setiu, Marang dan Besut yang kini ketiga-tiganya telah pun mempunyai tanaman tersebut seluas 500 hektar.

"Kita (kerajaan) bersama Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara akan memberi penerangan berhubung tanaman kenaf bagi menggalakkan lebih ramai peserta atau petani menanam kenaf.

"Ia sebagai usaha mencapai sasaran 1,000 hektar dengan pengeluaran hasil sebanyak RM5juta pada tahun 2018," katanya kepada pemberita, di sini.
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PASIR PUTEH - Kerajaan memperuntukkan RM5.6 juta bagi memperkukuhkan industri kenaf dengan menyasarkan keluasan kawasan penanaman 2, 200 hektar tahun ini.