KUALA BERANG - Sebuah rumah pusaka jenis separuh kekal didiami seorang pemuda di Felda Bukit Bading musnah dalam kebakaran yang berlaku awal pagi semalam dipercayai berpunca daripada sumber pelita.

Dalam kejadian kira-kira 1.30 pagi itu, rumah didiami Mohd Nor Amin Rashid, 22, itu tidak mempunyai bekalan elektrik kerana tiada berpenghuni sebelum ini.

Difahamkan, rumah berkenaan rumah pusaka milik datuk Mohd Nor Amin yang telah meninggal dunia beberapa tahun lalu dan kini rumah berkenaan didiami pemuda berkenaan bersendirian.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, Penolong Penguasa Bomba Mohd Zamri Omar berkata, pihaknya menerima panggilan jam 1.59 pagi bergegas ke lokasi kejadian dengan kekuatan enam anggota.

“Sewaktu anggota tiba di lokasi didapati kebakaran melibatkan sebuah bangunan rumah jenis separuh kekal yang telah terbakar 100 peratus.

"Pihak bomba dan penyelamat bertindak menggunakan dua aliran dari jentera bagi padam kebakaran. Kebakaran dapat dikawal jam 2.25 pagi dan operasi tamat sepenuhnya jam 3 pagi," katanya.

Katanya, tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan berlaku, punca serta jumlah kerugian sebenar masih dalam siasatan.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • TUMPAT - Sebuah rumah di Kampung Dalam Rhu musnah dalam kebakaran dipercayai disambar petir ketika hujan lebat, hari ini.
  • PONTIAN - Seorang warga emas sanggup meredah api untuk menyelamatkan dokumen penting dalam kejadian kebakaran rumah di Kampung Sri Gambut, Pekan Nanas, kira-kira jam 6.30 petang, Ahad lalu.
  • MELAKA - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka menyelamatkan pelbagai harta benda dengan nilai taksiran lebih RM510 juta bagi tempoh tujuh bulan pertama tahun ini, kata Pengarahnya, Kamarulzaman Malik Abdullah.
  • ALOR SETAR - Sebuah tadika musnah 90 peratus dalam kebakaran di Jalan Sungai, Lunas, Kulim, kira-kira 12.40 tengah malam tadi.
  • SEMPORNA - Seorang mangsa rentung manakala seorang lagi cedera selepas kereta dinaiki terbabas dan terbakar di Perumahan Semporna Centre, Jalan Batu di sini, awal pagi tadi.