KUALA BERANG - Rumah PPRT didiami seorang lelaki berusia 40 tahun musnah dalam kebakaran yang berlaku di Kampung Chepoh, di sini, kira-kira jam 12.15 tengah hari kelmarin.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, PBK II Mohd Nor Ali berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 12.24 tengah hari dan bergegas ke lokasi menaiki dua jentera dengan kekuatan lapan anggota.

“Sewaktu tiba di lokasi, kita dapati sebuah rumah PPRT jenis kekal terbakar. Operasi memadam kebakaran bermula jam 12.41 tengah hari dan berakhir jam 2.18 petang. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Operasi turut dibantu 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Wakaf Tapai serta Kuala Terengganu yang bergegas ke lokasi dengan dua jentera. Tindakan pantas bomba berjaya mengawal api daripada merebak ke rumah berdekatan. Punca sebenar kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • DUNGUN - Seorang lelaki hampir pengsan melihat kediaman tempat mereka sekeluarga berlindung musnah sekelip mata dalam kejadian kebakaran di kampung Binjai, Che Lijah, semalam
  • KLUANG - Sebuah rumah teres di Taman Delima, di sini musnah dalam kebakaran, awal pagi tadi.
  • KOTA MARUDU - Tingkat atas yang menempatkan gerai pakaian di sebuah pasar awam dua tingkat di pekan ini musnah dalam kebakaran awal pagi ini.
  • KUALA TERENGGANU - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu mengesyorkan setiap premis dan kediaman memasang alatan pengesan asap bagi membantu memberi amaran awal sekiranya berlaku kebakaran.
  • MUADZAM SHAH - Sembilan beranak tinggal sehelai sepinggang selepas rumah yang mereka di Bukit Ibam, di sini musnah dalam kebakaran, kira-kira jam 5.40 petang, kelmarin.