KUALA TERENGGANU - Kira-kira 50 struktur merangkumi rumah, premis awam, balai raya dan gelanggang ping pong di sekitar kawasan Dun Wakaf Mempelam mengalami kerosakan akibat dilanda ribut, petang tadi.

Pegawai Penyelaras Dun Wakaf Mempelam, Salleh Othman berkata, kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu melibatkan enam kampung antaranya Gelugor Raja, Tok Jamal, Wakaf Mempelam, Panji, Alor Binjai dan Teluk Paku.

Menurutnya, kerosakan hanya melibatkan bahagian bumbung dan tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

"Kita sudah buat lawatan di kesemua kampung dan kerugian kasar dianggarkan dalam RM60,000," katanya kepada pemberita di sini, petang tadi.

Beliau berkata, kejadian sama pernah berlaku di kawasan Dun Wakaf Mempelam apabila lebih 100 rumah dilanda ribut pada November tahun lalu.
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.