MARANG – Seramai 84 peserta menyertai Program Rakan Muda Prihatin dengan melaksanakan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan Madrasah Darul Ikhwan di Lubuk Pandan, Wakaf Tapai di sini.

Aktiviti itu turut mendapat kerjasama daripada ahli Briged Sukarelawan Khidmat Negara (BSKN) Terengganu dan jurulatih Kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Padang Kacong.

Tujuan utama program adalah bagi membersihkan, membaik pulih dan menceriakan kawasan serta kemudahan di madrasah berkenaan seterusnya dapat memberikan keselesaan kepada pada penghuninya untuk menuntut ilmu.

Penganjur turut menyatakan penghargaan kepada semua pihak terlibat termasuk syarikat yang telah memberikan sumbangan bagi menjayakan program berkenaan terutamanya Adun Pengkalan Berangan, A Latiff Awang.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA KETIL - Ramadan bermula hari ini disambut Sekolah Rendah Islam Raudhatul Muslimin dari Perkampungan Kembal Islam dalam keadaan serba kekurangan apabila hanya mempunyai RM1,000 bagi menampung keperluan berbuka puasa seramai 80 pelajar asrama, guru dan penduduk.