SETIU - Menyedari tahap kesihatan oral dalam kalangan masyarakat kurang memuaskan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Bahagian Pergigian Jabatan Kesihatan Negeri menganjurkan Program Kolaborasi Antara Agama peringkat negeri di Masjid Putera Jaya, di sini.

Jawatankuasa Pelaksana Program, Romeli Ismail berkata, pendekatan baharu yang dilaksanakan KKM dengan membawa produk kesihatan masuk kampung adalah kaedah julung kali diadakan di dalam kawasan masjid.

Romeli yang juga Pengerusi Masjid Putera Jaya berkata, pemilihan rumah ibadah seperti yang dilaksanakan itu amat sesuai dan dekat dengan masyarakat setempat.

“Melalui kaedah baru ini, masyarakat terutama golongan ilmuan agama berpeluang mendalami ilmu-ilmu kesihatan khususnya masalah oral yang berkait rapat dengan pergigian.

“Ia (kaedah baru) patut diteruskan pada masa akan datang kerana penduduk tidak perlu ke klinik kesihatan bagi mendapatkan rawatan pergigian, semuanya tersedia untuk mereka secara percuma pada program kali ini selain mendapat ilmu kesihatan,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Mohd Jusoh.

Menurutnya, dalam masa sama, ilmuan agama dapat menyampaikan maklumat atau input yang diperoleh menerusi program berkenaan kepada masyarakat mengikut kawasan masing-masing.

“Inilah yang kita harapkan supaya masyarakat saling menyampai bagi mengatasi masalah kesihatan terutama berkait pergigian.

“Ia penting didedahkan kepada semua lapisan usia termasuk seawal usia kanak-kanak,” katanya.

Sementara itu, berhubung program yang juga mendapat kerjasama baik daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Pak Kancil dan Putera Jaya itu turut mengadakan pelbagai aktiviti seperti ceramah kesihatan, mewarna bagi kanak-kanak, pemeriksaan kesihatan percuma, pameran jabatan dan sebagainya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KOTA BHARU - Keghairahan wanita di Kelantan untuk nampak cantik dengan cepat tanpa tahu kesan dan akibat menggunakan kosmetik dan ubat tidak berdaftar melalui belian dalam talian (online) semakin berleluasa dan perkara itu perlu diberi perhatian serius.
  • KUANTAN - Kementerian Kesihatan (KKM) perlu memberi tumpuan merealisasikan penggunaan tenaga yang lebih efisien dan penggunaan semula tenaga melalui kaedah ‘Energy Performance Contracktor’ (EPC) yang dapat menjimatkan tenaga.
  • KUANTAN - Semua pasar raya di negeri ini akan menarik semula penjualan epal jenis Granny Smith dan Gala dari Amerika Syarikat (AS) apabila disahkan tercemar dengan bakteria listeriosis.
  • KUALA LUMPUR - Sebanyak 101 orang kakitangan Kementerian Kesihatan telah digerakkan ke Kelantan untuk membantu meneruskan pengoperasian beberapa hospital di negeri itu yang berdepan kesulitan ekoran bencana banjir.