KEMAMAN - Pertubuhan Pembela Mangsa Kemalangan Industri (PPMKI) me­na­warkan bantuan men­jalankan siasatan kema­langan di tempat kerja demi menuntut hak pampasan kepada keluarga mangsa se­kali gus menjadi satu-satunya badan bukan kera­jaan (NGO) seumpama itu di negara ini.

Presiden PPMKI, Ir Mohd Khalil Ishak berkata, siasatan dijalankan untuk membuka fail dan membawa perkara berkaitan kecuaian majikan dan pemilik premis ke mah­kamah dalam usaha menun­tut hak pampasan.

Menurutnya, bayaran yang dikenakan hanya RM3,000 untuk tujuan fail kes ke mahkamah dan kos pengangkutan peguam untuk ke mahkamah atas urusan pengurusan kes, perbicaraan dan seterusnya sehingga keputusan penghakiman.

“Objektif utama penu­buhan PPMKI adalah mencari jalan penyelesaian dalam membantu mangsa dan keluarga yang terlibat dalam kemalangan di tempat kerja dengan memberi khidmat nasihat berkaitan tuntutan Pertubuhan Kese­lamatan Sosial (Perkeso), menjalankan siasatan ter­perinci dan mengambil tindakan mahkamah ter­hadap majikan.

“Proses menjalankan sia­satan kemalangan bukanlah perkara mudah kerana ianya melibatkan pertemuan saksi-saksi untuk mendapat maklumat berkaitan kema­langan. Ini semuanya diusa­hakan sepenuhnya oleh pertubuhan PPMKI tanpa apa-apa bayaran,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Khalil berkata, ma­syarakat, pekerja dan waris perlu tahu akan hak mereka sekiranya berlaku kema­langan ke atas ahli keluarga.

Katanya, ekoran dari ketidakfahaman dalam proses perundangan dalam menuntut hak melalui mahkamah dan tiada kepakaran dalam merungkai punca kemalangan, ia menjadi faktor utama ramai mangsa kemalangan terpaksa berserah kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).

“Mereka berserah kepada JKKP untuk menjalankan siasatan kemalangan dan merujuk Pertubuhan Kese­lamatan Sosial Pekerja (Perkeso) untuk menuntut pampasan atas kecederaan yang mereka lalui mengikut kadar yang ditetapkan.

“Tambahan pula, dise­bab­kan tiada pende­dahan akan kewujudan Akta Kese­lamatan dan Kesihatan Pe­ker­jaan (AKKP/OSH) 1994 yang bermatlamat untuk mem­beri perlindungan kepa­da pekerja dari aspek kese­lamatan, maka mangsa serta ahli keluarga terpaksa reda dan menerima kejadian kema­langan sebagai qada dan qadar dan ketentuan Ilahi,” katanya.

Menurut beliau, walau­pun pengamal keselamatan dan kesihatan (SHO) yang berdaftar dengan pihak berkuasa JKKP juga bertang­gungjawab men­jalankan siasatan kema­langan tetapi perkongsian dari hasil sia­sa­tan mereka juga agak terhad kerana tertakluk kepada kelulusan dan kebenaran maji­kan yang menggajikan mereka.

“Malangnya, dari pemer­hatian sepanjang penglibatan saya sebagai konsultan keselamatan dan kesihatan industri, majikan akan sedaya upaya menuding jari atau menyalahkan mang­sa atas kejadian tersebut.

“Justeru, rujukan kepada pertubuhan seperti PPMKI untuk membantu mangsa dan keluarga terdekat yang terlibat kemalangan di tempat kerja amatlah wajar,” katanya.