DUNGUN - Kemunculan karakter Power Rangers di wad kanak-kanak Hospital Dungun, di sini, baru-baru ini bukan sahaja mencetuskan rasa teruja para pesakit tetapi menceriakan suasana.

Kehadiran adiwira yang cukup popular dalam kalangan kanak-kanak itu dibawa khas oleh Persatuan Cakna Komuniti Kerteh atau Care For Community (C4K) khas untuk meraikan pesakit di wad berkenaan.

Penyelaras C4K, Badrul Hisham Ismai berkata, dengan misi Senyuman di Teddy, seramai 22 sukarelawan C4K hadir menjayakan program amal tersebut.

Menurutnya, bukan sahaja hadiah istimewa super hero Power Rangers dibawa untuk melayan pesakit tetapi setiap kanak-kanak dihadiahkan patung beruang.

“Kunjungan kami bersama sukarelawan yang mengenakan kostum Power Rangers dan hadiah teddy bear  untuk pesakit memang membuatkan kanak-kanak gembira.

“Mereka kelihatan begitu teruja dan secara tidak langsung membuatkan kanak-kanak itu lebih bersemangat untuk melawan penyakit yang dihidapi," katanya.

Katanya, pendekatan C4K berjaya menarik perhatian dan sebenarnya mahu berkongsi kegembiraan bersama mereka dengan harapan dapat mengurangkan beban atau kesakitan dirasai.

“Saya berterima kasih kepada semua ahli C4K yang memberikan sokongan padu bagi menjayakan program ini dan tidak ketinggalan pihak hospital kerana memberi peluang kepada kami untuk turut menyelami perasaan pesakit kanak-kanak di sini,” katanya kepada pemberita.

Katanya, program berkenaan bukan kali pertama diadakan dan C4K banyak terlibat dengan kerja-kerja kebajikan bagi membantu masyarakat memerlukan.

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • GEORGETOWN - Lelaki berusia 52 tahun yang merupakan individu kelima dijangkiti wabak penyakit anjing gila atau Rabies di Sarawak masih belum sedarkan diri namun keadaannya dilaporkan tidak kritikal.
  • SHAH ALAM - Pihak ketiga Selgate Corporation akan melakukan penyiasatan dan pembetulan jika berlaku dakwaan perbezaan kos bayaran dikenakan pesakit di klinik panel Skim Peduli Sihat.
  • JOHOR BAHRU - Seorang pesakit yang sedang mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Aminah ditemui lemas di hadapan Pantai Lido di sini.
  • ALOR GAJAH - Segelintir masyarakat di Dun Ayer Limau yang masih kurang kesedaran untuk memanfaatkan bekalan ubat diberi klinik kesihatan atau hospital boleh mengundang bahaya kepada diri sendiri.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.