KUALA TERENGGANU – Polis Terengganu meningkatkan kawalan keselamatan terutama di lokasi tumpuan awam, kedai emas dan institusi kewangan bagi mengekang kejadian jenayah sempena musim perayaan ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Fazlisyam Abdul Majid berkata, pihaknya akan meningkatkan rondaan di lokasi berkenaan bagi mengelak kejadian jenayah seperti samun, curi, pecah masuk kedai dan seumpamanya.

Menurutnya, berdasarkan pemantauan sejak awal Ramadan lalu, lokasi tumpuan awam seperti bank, pasar raya dan kedai emas antara lokasi paling mendapat tumpuan untuk berbelanja.

“Sehubungan itu, pihak polis menjalankan langkah awal dan tidak memberi peluang kepada penjenayah untuk melakukan jenayah,” katanya.

Selain itu, katanya, pihaknya juga akan terus meningkatkan kawalan keselamatan di kedai pajak gadai, stesen minyak dan kedai serbaneka yang beroperasi 24 jam.

“Kita turut meronda di lokasi yang terdapat mesin ATM dan syarikat pengurup wang dengan lebih kerap,” katanya.

Fazlisyam turut mengingatkan premis berkenaan supaya sentiasa mengaktifkan kamera litar tertutup (CCTV) dan orang ramai yang ingin pulang ke kampung memaklumkan kepada pihak polis bagi memudahkan rondaan dilakukan.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LIPIS - Penduduk di Kampung Baru Penjom di sini meminta pihak berwajib membaik pulih pembetung yang pecah dan jalan rosak di kampung berkenaan.
  • PUCHONG - Penduduk di Jalan TK1/7, Taman Kinrara Seksyen 1 di sini, menyatakan kebimbangan mereka apabila bahagian belakang rumah didiami mendap sedikit demi sedikit sejak setahun lalu dan kini didakwa semakin serius.
  • SUNGAI SIPUT (U) - Masyarakat berhampiran Jambatan Victoria bimbang dengan keselamatan mereka ketika melalui jambatan itu selepas pagar dawai besinya dicabut kira-kira sebulan lepas.
  • SHAH ALAM - JKJR Negeri Selangor mengambil inisiatif dalam meningkatkan lagi tahap keselamatan kanak-kanak yang menjadi penumpang dalam kenderaan.
  • KUALA TERENGGANU - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu setakat ini telah memeriksa sebanyak 12 daripada 47 maahad tahfiz dan selebihnya dijangka akan selesai diperiksa menjelang hujung tahun ini.