BESUT - Polis Besut meminta kerjasama seorang lelaki untuk tampil menghadirkan diri sebagai saksi perbicaraan satu kes dadah di Mahkamah Besut, di sini, pada 16 Julai depan.

Muhammad Izwan Mat Ripin yang alamat terakhirnya di 25B Kampung Bukit Cina, Pasir Akar, Hulu Besut di sini, dikehendaki berbuat demikian pada jam 9 pagi.

Dia diminta hadir ke mahkamah dan menjadi saksi kepada kes yang dibicarakan mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1953 membabitkan seorang tertuduh lelaki.

Usaha polis mengesan lelaki itu di alamat tersebut gagal kerana dia tidak tinggal di alamat itu lagi.

Perbicaraan yang bermula pada tahun lepas akan diteruskan dengan kehadiran saksi ini selepas beberapa kali tertangguh sebelum ini.

Kegagalan Muhammad Izwan hadir menjadi saksi pada tarikh yang ditetapkan boleh menyebabkan dia didakwa termasuk mengeluarkan perintah waran tangkap.

Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki ini diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Muhammad Akmal Sahferi di talian 019-5914185 untuk menyalurkan maklumat.