KUALA TERENGGANU - Polis akan mengeluarkan senarai 626 orang yang dikehendaki (wanted person) secara berperingkat dalam usaha memburu suspek dan menyelesaikan kes-kes jenayah termasuk kes berprofil tinggi di Terengganu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, orang yang dikehendaki itu dipercayai terlibat dalam pelbagai jenis kesalahan.

“Trend jenayah di Terengganu menurun, tetapi masih ada kes-kes yang belum dapat diselesaikan. Antara fokus kita adalah tiga kes pembunuhan yang melibatkan bekas Adun Alor Limbat, Alias Abdullah (9 Oktober 2015) dan sepupunya, Mat Jusoh Ali (9 Ogos 2015) serta kes pembunuhan tauke ikan, Wan Ahmad Wan Nawang (27 Julai lalu) yang mati ditembak di Kuala Besut.

"Pasukan task force yang ditubuhkan akan bekerjasama dengan JSJ Terengganu dalam menyelesaikan kes ini.

“Kita juga akan menggunakan saluran media bagi mengeluarkan senarai orang-orang yang dikehendaki ini dalam usaha memburu dan seterusnya mendakwa mereka atas pelbagai jenis kesalahan,” katanya pada sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di sini, semalam.

Turut hadir, Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) JSJ Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed; Ketua Polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail dan Ketua JSJ negeri, Asisten Komisioner Fazlisyam Abdul Majid.

Terengganu merupakan negeri pertama yang dilawatinya, selepas mengambil alih tugas pada 15 September lalu.

Ketika ditanya tentang fokus utamanya, beliau berkata, akan mengambil tindakan tegas dan seterusnya membanteras sindiket judi, gengsterisme dan pelacuran serta sindiket jenayah terancang.

“Saya telah diberi senarai nama-nama sindiket dan akan mengambil tindakan susulan dengan membuka fail kes dan menggunakan undang-undang pencegahan yang ada seperti

Akta Pencegahan Jenayah (POCA) dan Akta Kesalahan Keselamatan (SOSMA),” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • ALOR SETAR - Seramai 20 ahli kongsi gelap ' Geng Pak Su' dihadapkan di Mahkamah Sesyen Alor Setar, di sini, hari ini, atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang di Kedah sejak dua tahun lepas.
  • BESUT - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggalakkan pengusaha, pengendali resort dan penduduk kampung di kawasan pulau peranginan di negara ini mendaftar sebagai sukarelawan atas talian atau lebih dikenali sebagai Volunteer Smartphone Patrol (VSP) dalam usaha memerangi jenayah di kawasan tersebut.
  • KUALA TERENGGANU - Polis Terengganu semalam mengeluarkan senarai 30 orang dikehendaki (wanted person) termasuk seorang wanita bagi membantu siasatan kes jenayah yang berlaku di sekitar Besut, Kemaman dan Kuala Terengganu.
  • ALOR SETAR - Ketua ‘Geng Pak Su’ antara empat lelaki yang dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyertai kumpulan jenayah terancang.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.