DUNGUN - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sedang melakukan lawatan kerja dua hari di Terengganu bermula semalam, hari ini menziarahi bekas Ketua Wanita Umno Terengganu, Zaleha Long, 71, di kediamannya di Kampung Molek, di sini.

Najib yang tiba pada 1.30 tengah hari meluangkan masa kira-kira 20 minit bertanya khabar dan perkembangan terbaharu kesihatan Zaleha yang mengalami sakit saraf sejak empat tahun lalu dan angin ahmar sejak empat bulan lepas.

Mengiringi Najib ialah Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman; Ketua Umno Bahagian Besut yang juga Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh; Ketua Umno Bahagian Hulu Terengganu yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari dan Ketua Umno Bahagian Dungun, Datuk Din Adam.

Sementara itu, Zaleha yang membahasakan dirinya sebagai Kak Ha ketika ditemui pemberita  berkata beliau berterima kasih atas keprihatinan perdana menteri yang sudi menziarahinya  walaupun sibuk dengan jadual yang padat.

"Memang terharu dan sebak sebab pemimpin tertinggi negara sudi ambil tahu mengenai kesihatan Kak Ha. Semoga kecaknaan dan kepimpinan datuk seri ini terus dicontohi pemimpin parti," katanya yang mula bergiat aktif dalam Umno sejak berusia  20-an.

Zaleha menjadi Ketua Wanita Umno Terengganu dari 1997 sehingga 2000. - Bernama
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • TUMPAT - Bekas pelajar Sekolah Menengah Tumpat (SMT) menziarahi guru Bahasa Inggeris mereka yang mengidap angin ahmar di Kampung Kok Pasir, dekat sini.
  • JOHOR BAHRU - Nur Ghaziyah Athirah Muhamad Abu Dujanah, kanak-kanak yang terselamat dalam kemalangan meragut nyawa lima anggota keluarganya di Segamat, Selasa lepas, mendapat perhatian isteri Tunku Mahkota Johor Che' Puan Khaleeda Bustamam yang berkenan berangkat melawat kanak-kanak itu di Hospital Sultan Aminah (HSA), di sini, hari ini.
  • ALOR SETAR - Anakanda Sultan Kedah, Datuk Tunku Shazuddin Ariff Sultan Sallehuddin hari ini berkenan menziarahi tujuh makam kerabat diraja Kedah di Makam Diraja Langgar dan menyertai majlis tahlil di makam tersebut.
  • KUALA PILAH - Lima beradik yang menjadi yatim piatu selepas kedua ibu-bapa meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 10 Jalan Kuala Pilah - Baru Kikir, awal bulan ini, mendapat perhatian Persatuan Isteri-Isteri Wakil Rakyat dan Pegawai-Pegawai Kanan Negeri Sembilan (Pekerti).