KUALA NERUS - Nelayan dan kaki pancing diingatkan agar lebih peka dengan keadaan cuaca sebelum ke laut.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata mereka juga perlu ke laut secara berkumpulan agar jika berlaku insiden, ada rakan-rakan yang menyedarinya dan tindakan awal dapat diambil bagi mengelak kejadian tidak diingini atau kehilangan nyawa.

"Nelayan, pengusaha bot pelancong juga perlu meningkatkan aspek keselamatan dengan sentiasa memakai jaket keselamatan sepanjang melakukan aktiviti di laut.

"Memang sebelum ini kerajaan negeri telah bekalkan jaket keselamatan kepada nelayan, pengusaha bot pelancong termasuk pengusaha bot penambang," katanya ketika menziarahi keluarga pemancing yang hilang di Pantai Teluk Ketapang, di sini, hari ini.

Semalam seorang pemancing dilaporkan hilang selepas bot gentian kaca yang dinaikinya dipercayai terbalik selepas dipukul ombak.

Mangsa Wan Abdul Manan Wan Ahmad,49 keluar memancing berseorangan kira-kira pukul 6.30 pagi namun gagal pulang ke rumah hingga pukul 10 malam semalam.

Ahmad Razif yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Seberang Takir turut mengarahkan kesemua masjid dan surau di sekitar kawasan itu untuk melakukan solat hajat bagi memudahkan operasi mencari mangsa. –Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA NERUS - Kerajaan negeri mewajibkan semua kakitangan awam, pegawai syarikat berkait kerajaan (GLC) dan pengerusi JKKK di seluruh negeri mendaftar sebagai sahabat Revolusi Anti Rasuah (Gerah).
  • HULU TERENGGANU - Kerajaan negeri dan seluruh rakyat Terengganu melahirkan ucapan takziah dan rasa dukacita dengan kejadian kebakaran menimpa Pusat Tahfiz Darul Ittifaqah, Jalan Keramat Ujung, Kuala Lumpur yang berlaku pagi tadi hingga mengorbankan 23 mangsa melibatkan pelajar dan warden.
  • KUALA LUMPUR - Kerajaan Negeri Terengganu telah membuat pindaan terhadap dasar Tanah negeri itu bagi menyeragamkan tempoh pajakan tanah kediaman dan perniagaan kepada 99 tahun berbanding 30 tahun dan 60 tahun sebelum ini.
  • KUALA NERUS - Kerajaan Negeri Terengganu menyeragamkan tempoh pajakan tanah kediaman dan perniagaan kepada 99 tahun berbanding 30 tahun dan 60 tahun sebelum ini.
  • KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri menafikan dakwaan pembangkang bahawa Skim Khas Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Tapak Rumah 2017 yang dijanjikan kepada mereka yang layak hanyalah sekadar janji sempena PRU14.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.