• Lampu jalan yang tidak berfungsi sejak seminggu lalu menyebabkan laluan sepanjang jambatan Bukit Kuang gelap. Lampu jalan yang tidak berfungsi sejak seminggu lalu menyebabkan laluan sepanjang jambatan Bukit Kuang gelap.
1 /

CHUKAI – Pengguna jambatan Bukit Kuang merayu agar lampu yang rosak sejak seminggu lalu dibaiki kerana mereka berhadapan dengan risiko kemalangan setiap kali melalui jambatan berkenaan pada waktu malam.

Penduduk yang enggan dikenali berkata, laluan gelap membuatkan aliran lalu lintas di sepanjang laluan itu menjadi perlahan sehingga menyebabkan kesesakan teruk.

“Biasanya apabila malam kesesakan lalu lintas di laluan ini berkurangan berbanding waktu siang tetapi setelah lampu jalan tidak berfungsi pengguna jalan raya lebih berhati-hati dan memandu lebih perlahan kerana kawasan di situ gelap.

“Berikutan laluan ini adalah laluan utama, kawasan jambatan Bukit Kuang yang sentiasa sesak ini perlu diterangi lampu jalan apatah lagi ia bersebelahan kawasan pembinaan
jambatan baru,” katanya.

Beberapa bulan lalu Sinar Harian pernah melaporkan mengenai masalah lampu jalan di kawasan itu dan selepas itu ia berfungsi semula, namun kini masalah kembali berulang.

Difahamkan lampu jalan terbabit di bawah kendalian Jabatan Kerja Raya (JKR). Aliran trafik di laluan terbabit dijangka kembali lancar apabila projek pembinaan jambatan baru Bukit
Kuang siap sepenuhnya dalam tempoh setahun atau dua tahun lagi.

Ketika ini kerja pembinaan jambatan setinggi 15 meter tersebut sedang rancak dilakukan.