DUNGUN - Reaksi dan maklumat penduduk setempat diperlukan untuk mengumpul data mengenai jenis-jenis kebergantungan dan hubungan komuniti terhadap persekitaran hutan.

Maklumat yang diambil menerusi kira-kira 60 penduduk kampung Shukor berkenaan dikumpul bagi membantu Institusi Penyelidikaj Perhutanan Malaysia (FRIM) menjayakan projek kajian di bawah RMK ke 11.

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Shukor, Tengku Mad. Hamdan Tengku Mahmud berkata, komuniti kampung berkenaan dipilih untuk membantu kaji selidik mengenai penilaian elemen sosial sebagai salah satu indikator pembangunan indeks integriti ekosistem (Ell).

Menurutnya, kajian tersebut adalah untuk pengurusan hutan secara lestari di Semenanjung Malaysia.

"Kaji selidik ini adalah untuk projek pembangunan RMK 11 dalam memperkasakan penyelidikan  dan peningkatan integriti ekosistem pengurusan hutan secara lestari.

"Ahli Jawatankuasan MPKK turut membantu bagi melancarkan kaji selidik ini, katanya.

Beliau berkata, sesi  kaji selidik menfokuskan kepada kebergantungan serta hubungan komuniti terhadap hutan dan sumber-sumbernya.

"Diharapkan segala maklumat yang diberikan dapat membantu FRIM melaksanakan kajian dengan lebih baik.

" Kita yakin apa yang dilakukan juga demi kepentingan pemuliharaan dan pemeliharaan hutan pada masa akan datang, "katanya.