KUALA TERENGGANU - Seorang pemandu bas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini kerana kesalahan pemerdagangan dan penyeludupan warga asing.

Tertuduh, Mohd Zainal Shamsudin, 42, dari Bachok, Kelantan, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM)2007

Mengikut pertuduhan, bapa kepada tiga anak ini didakwa melakukan penyeludupan 29 orang migran iaitu warga Myanmar, kira-kira jam 4.55 pagi, di Stesen Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Air Sejuk, Setiu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen ATIPSOM 2007.

Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman penjara tidak melebihi 15 tahun, dan boleh juga dikenakan denda, atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Imigresen Malaysia, Wong Siew Mun dihadapan Hakim Azman Mustapha.

Sebarang ikat jamin tidak dikeluarkan dan mahkamah akan mengeluarkan tarikh dalam masa terdekat untuk sebutan semula di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.

Sebelum ini, tertuduh ditahan dalam satu sekatan sebelum mendapati bas dipandunya terdapat 29 warga Myanmar.

Pemeriksaan lanjut mendapati kesemua warga asing itu tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.

Hasil siasatan, tertuduh mengaku mengambil kesemua warga asing ini dari Kuala Lumpur untuk dibawa ke Kota Bharu.