JERTIH - Dijangka lebih 500 orang penduduk daerah ini akan merebut peluang mendapatkan cermin mata percuma pada Program Pendaftaran Cermin Mata Percuma yang dibuka sehari bertempat di pejabat Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Bandar Jertih, dekat sini, semalam.

Pengerusi KRT Bandar Jertih, Mohammad Ishak berkata, sambutan diterima menggalakkan apabila seramai 300 orang mendaftar sehingga jam 1 petang semalam.

Menurutnya, pihaknya membuka pendaftaran sehari semalam bermula jam 9 pagi hingga 4 petang kepada penduduk daerah ini yang berusia 45 tahun ke atas.

“Cermin mata asas untuk rabun dekat ini ditaja sebuah syarikat korporat dengan kerjasama KRT Bandar Jertih dan Persatuan Bekas Polis Daerah Besut,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :