SETIU - Kerajaan akan memastikan rakyat cukup makan terutama golongan nelayan yang ketika ini tidak dapat ke laut.

Adun Permaisuri, Datuk Mohd Jidin Shafee berkata, kerajaan sentiasa bantu golongan ini dan mengalu-alukan juga mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau persatuan-persatuan untuk turut membantu golongan berkenaan.

Menurutnya, banyak bantuan telah kerajaan beri dalam pelbagai program kerana kerajaan memahami kesusahan mereka pada masa ini.

"Mereka ini (penduduk Dun Permaisuri) ada yang tinggal di tepi pantai dan bergantung kepada pekerjaan nelayan dan bertanam (petani).

"Apabila hujan, mereka tak boleh ke laut dan bercucuk tanam, lama-lama simpanan yang ada habis juga," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian semasa Program Ziarah Cakna Briged Negaraku, di sini.

Mohd Jidin berkata, kerajaan sering melihat keadaan itu kerana ada yang tidak dapat bekerja selama tiga bulan kerana laut bergelora.

"Alhamdulillah di Terengganu, kita ada peruntukan khas bencana ditambah pula dengan bantuan dari wakil rakyat untuk membantu golongan seperti ini," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUANTAN - Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) memberi manfaat besar kepada rakyat, antaranya memudahkan pergerakan dan membangunkan pertumbuhan bandar baharu.
  • PONTIAN - Keluarga kepada tekong bot yang masih ditahan di sebuah penjara di Tanjung Pinang, Indonesia mempersoalkan berapa lama mereka perlu menunggu kepulangan orang tersayang meskipun janji pembebasan telah diberikan.
  • MERSING - Persatuan Nelayan Kawasan Mersing memohon kerajaan mempertimbangkan menaikkan kadar elaun sara hidup untuk nelayan.
  • PONTIAN - Keluarga Mahabob Hasimat, 54, nelayan Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Indonesia sejak tujuh bulan lalu kerana menceroboh perairan negara itu, bersedia menerima apa juga perkhabaran terkini mengenai bapa mereka.