KUALA TERENGGANU –  Pasar Malam KT Walk yang beroperasi di sepanjang Jalan Sultan Ismail, di sini akan ditutup sementara sempena Ramadan dan Aidilfitri.

Datuk Bandar Kuala Terengganu, Samiun Salleh berkata, operasi pasar malam itu akan dihentikan bermula 17 Mei hingga 15 Jun 2018.

“Penutupan operasi pasar malam ini bagi memberi laluan sempena Ramadan dan sambutan Aidilfitri dan ia akan beroperasi seperti biasa bermula 22 Jun 2018,” katanya.

Pasar Malam `KT Walk' telah dibuka sejak 24 April 2015 di mana gerai jualan bermula di sepanjang 500 meter bermula di bangunan Menara Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) hingga bangunan Tabung Haji.

Ia terbahagi kepada tiga segmen iaitu jualan makanan tradisi Terengganu, produk asas tani seperti buah-buahan serta sayuran dan gerai pelbagai yang menjual cenderahati, kraftangan serta pakaian.