JERTIH - Seorang penunggang nyaris lemas selepas motosikal ditunggangnya terbabas ke dalam tali air di Kampung Lapan Kotak, dekat sini, pagi semalam.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Besut, Suhaimi Awang berkata, pihak mereka menerima panggilan jam 7.53 pagi sebelum ambulan bersama empat anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

Menurutnya, mangsa, Azmi Yusof dari Kampung Simpang Empat Kampung Gerai dikatakan terbabas sendiri sebelum terjatuh ke dalam parit di tepi sawah berkenaan.

“Setibanya di lokasi, kami dapati mangsa dalam keadaan basah lencun sudah diselamatkan orang ramai yang melihat kejadian.

“Pemerhatian awal anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Besut yang membantu mangsa mendapati kecederaannya agak parah di kepala dan kaki,” katanya.

Tambahnya, mangsa kemudian dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Besut sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Kelantan.

Sementara itu, sumber polis memberitahu, belum ada waris tampil membuat laporan sehingga jam 5 petang semalam.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • REMBAU - Seorang warganegara Bangladesh parah, manakala, lapan lagi warganegara yang sama cedera ringan apabila bas ekspress yang dinaiki melanggar belakang sebuah treler di kilometer 232.2, Lebuhraya Utara-Selatan (arah Utara), di sini, awal pagi tadi.
  • KLANG - Seorang jurukimpal maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh belakang sebuah lori di di Kilometer 23.7, Lebuhraya Kesas dari arah Klang ke Shah Alam, petang semalam.
  • KUALA PILAH - Kaki kiri seorang remaja hancur setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Seremban-Kuala Pilah, malam kelmarin.
  • MUALLIM - Lagi nahas membabitkan motosikal, dua sahabat berasal dari Ampang, Selangor maut selepas motosikal jenis Honda RS150R yang dinaiki mereka terbabas di Kilometer 376.5 Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan di sini, petang tadi.
  • KARAI - Seorang pelajar sekolah menengah nyaris terjatuh dalam Sungai Perak ketika melalui laluan motosikal bersebelahan Jambatan Victoria beberapa hari lepas.