BATU RAKIT - Pengunjung pantai di sekitar daerah ini diingatkan agar tidak melakukan aktiviti air termasuk mandi pantai bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.

Meskipun keadaan cuaca dan ombak kembali tenang namun kebanyakan pantai di negeri ini tidak selamat untuk mandi kecuali hanya beberapa tempat sahaja yang dibenarkan.

Seorang penduduk, Abdul Rahman Salleh, 60, berkata, meskipun papan tanda amaran telah diletakkan di kawasan pantai, tetapi masih ramai yang tidak mengikut arahan dikeluarkan pihak berkuasa tempatan.

"Kebanyakan pengunjung luar tetap turun untuk mandi meskipun arahan dikeluarkan jadi kita harap pihak berkuasa memandang serius perkara ini bagi mengelak kejadian yang tidak diingini,"katanya.