KUALA TERENGGANU - Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, di sini, semalam, menjatuhkan hukuman penjara enam bulan terhadap seorang buruh kerana menyimpan harta curi.

Majistret Abdul Hayyi Salim menjatuhkan hukuman itu setelah tertuduh, Mohd Fadzil Abdullah, 32, mengaku bersalah sebaik sahaja pertuduhan terhadapnya dibacakan.

Mengikut pertuduhan, pada 20 September lalu, kira-kira jam 3.05 petang di hadapan Balai Polis Manir, di sini, tertuduh dengan curang telah menyimpan harta curi iaitu sebuah tablet milik Hasrra Masrifah Wan Jusoh@Ab Rahim dengan mengetahui harta itu adalah harta curi.

Dengan itu, dia telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh boleh sampai lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.

Berdasarkan fakta kes, pada 20 Jun lalu kira-kira jam 5.15 pagi, semasa pengadu berada di rumahnya di Kampung Tok Jembal, Kuala Nerus, dia menyedari dompet dan telefon bimbit miliknya manakala dua unit komputer tablet yang disimpan dalam bilik tidur tiada.

Pengadu kemudiannya mencari dan mendapati ada tingkap bilik tidur terbuka dan ada kesan umpilan, dipercayai rumah telah dimasuki orang. Dia kemudiannya membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Manakala pada 20 September lalu, kira-kira jam 3.05 petang, tertuduh ditahan di hadapan Balai Polis Manir dan hasil pemeriksaan lanjut ke atas tertuduh, dia telah menyerahkan sebuah tablet yang dilaporkan hilang.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA TERENGGANU - Bahana dadah, seorang pemuda dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu di sini, semalam.
  • BESUT - Polis menjumpai sebuah kereta jenis Perodua Viva yang dilaporkan hilang sejak Rabu lepas, di sebuah bengkel di Kampung Gong Bayor, Alor Lintang dekat Kampung Raja di sini Sabtu lepas dalam keadaan komponennya dileraikan.
  • KOTA BHARU - Dua lelaki bermotosikal yang tular merompak pejalan kaki di Jalan Keloncor, di sini, bulan lalu, dihukum penjara tujuh tahun oleh mahkamah sesyen, di sini, hari ini.
  • KUALA LUMPUR - Dua rakan dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merompak seorang lelaki warga Myanmar pada bulan lalu.
  • PETALING JAYA - Seorang wanita yang tular di laman sosial berhubung kejadian memarahi anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) sambil mengacukan ‘pengunci stering’, hari ini dihukum penjara dua minggu kerana menghina mahkamah dengan cara menjerit dan mengingkari arahan Majistret.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.