KUALA TERENGGANU - Tindakan kejam seorang lelaki mengepit kepala dan badan seorang warga emas, semata-mata kerana mahu meragut rantai leher yang dipakai terbalas.

Wan Mustafa Wan Abd Rahman, 27, dari Kampung Padang Macang, Manir, di sini, dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.

Hukuman dijatuhi oleh Hakim Wan Fadhilah Nor Wan Idris selepas tertuduh didapati bersalah melakukan rompakan terhadap mangsa, Minah Abd Rahman, 72.

Kejadian berlaku di kedai runcit Kampung Padang Ujid, Manir, , kira-kira jam 9 malam pada 8 Disember 2011.

Wan Mustafa didapati bersalah di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zulfazliah Mahmud.

Semasa kejadian, Wan Mustafa didapati telah berpura-pura kononnya mahu membeli sebotol minyak sebelum mengepit kepala dan badan mangsa lalu meragut rantai dipakai, bernilai kira-kira RM7,500.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • LABUAN - Sebuah pasar raya besar dan kedai coklat di sini didapati masih menjual 65 produk yang telah tamat tempoh dan kemik bernilai RM1, 040 hasil pemeriksaan oleh pasukan penguatkuasaan bersepadu yang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Labuan hari ini.
  • KUALA KRAI - Seorang wanita membuat kejutan dengan mengadakan persembahan ular untuk menghiburkan jemputan yang hadir pada majlis perkahwinannya.
  • ALOR SETAR - Polis menahan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun dan bapanya bagi membantu siasatan kes seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun maut terkena tembakan dalam kejadian di Kampung Empa, Mukim Derang, Pokok Sena pagi tadi.
  • ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah hari ini menafikan kegiatan pembalakan di Hutan Simpan Enggang di Sik disebabkan berlaku pelanggaran syarat oleh Menteri Besar Incorporated (MBI).
  • CHEMOR - Seorang kanak-kanak perempuan 11 tahun terpaksa menahan sakit selama empat jam apabila kaki kanannya tersangkut pada celah tiang konkrit rumahnya di Taman Klebang Prima di sini, petang tadi.