KUALA TERENGGANU - Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Terengganu berjaya menahan 187 penagih dadah dalam Ops Perdana yang diadakan di beberapa lokasi panas di negeri ini.

Turut ditahan, dua wanita dan tiga remaja dalam operasi yang dibuat pada 12 September sehingga tengah hari tadi.

Penolong Pengarah Kanan (Penguatkuasaan) AADK negeri, Wan Jalani Wan Ismail berkata, sebanyak 214 tangkapan dibuat di daerah yang berisiko tinggi iaitu Besut, Kuala Terengganu, Dungun dan Kemaman.

“Daripada jumlah itu, 187 orang didapati positif dalam saringan awal urin, iaitu seramai 41 orang tangkapan di Kuala Terengganu, Besut (56), Dungun (36) dan Kemaman (54). Kesemua mereka yang ditahan berusia antara 13-51 tahun.

“Kita juga merampas sebotol heroin dan tiga tiub heroin seberat 3.5 gram, 166 biji pil kuda dan sebungkus air ketum yang kita anggarkan bernilai RM3,300 melibatkan lapan kes. Mereka yang memiliki rampasan dadah ini kita telah serahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya pada sidang media yang diadakan di Pejabat AADK Daerah Kuala Terengganu di sini, hari ini.

Turut serta, Penolong Pengarah (Pencegahan) AADK negeri, Mohd Saidin Mohd Nor dan Ketua Pegawai AADK Daerah Kuala Terengganu, Hafiz Hassan.

Ops Perdana itu melibatkan 112 pegawai dan anggota dari AADK, 38 orang dari PDRM, 11 orang dari Rela, Angkatan Pertahanan Awam (3), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (5) dan SRS (5).

Jelasnya, 82 orang yang ditangkap didapati positif Opiat/Morfina, enam orang positif Amphetamine dan 126 orang Metamphetamine.

“Daripada tangkapan yang dilakukan, seramai 114 orang kita telah ambil tindakan di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan. Pemulihan) 1983. Selebihnya didakwa di bawah Seksyen 4(1)(b) dan Seksyen 8(3)(a) akta yang sama.

“Dua penagih wanita itu kita ambil tindakan di bawah Seksyen 8(3)(a) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan. Pemulihan) 1983 dan dihantar ke Pusat CCRC Bachok, Kelantan. Selainnya akan dihantar ke pusat tahanan reman AADK iaitu di Gambang, Pahang dan Pasir Mas, Kelantan,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - Polis Selangor menahan 16,075 individu yang terlibat dengan gejala dadah sepanjang Januari hingga Oktober lepas, melibatkan rampasan 1,699.6 kilogram (kg) pelbagai jenis dadah ‘kegemaran’ bernilai RM84.7 juta.
  • JERANTUT - Bekas pelajar, bekas guru dan seorang kakitangan awam antara yang ditahan dalam serbuan Ops Tapis Bersepadu yang dijalankan di sekitar daerah ini, malam tadi.
  • KANGAR - Tujuh individu termasuk seorang wanita Vietnam ditahan dalam tiga kes berasingan disyaki membabitkan pengedaran serta penagihan dadah di Arau dan Padang Besar dekat sini.
  • KUALA LUMPUR - Guru dan pelajar kolej antara yang ‘kantoi’ terbabit dalam penyalahgunaan dadah.
  • GUNUNG SEMANGGOL - Gara-gara di bawah pengaruh dadah, sejumlah 25 pemandu termasuk lima pemandu lori antara ditahan dalam operasi bersepadu di kawasan rehat dan rawat(R&R) Gunung Semanggol arah Selatan, di sini malam tadi.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.