KOTA BAHRU - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan mengeluarkan 17 saman terhadap pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan dalam 'Ops Pengarah' di Stesen Penguatkuasa JPJ Labok, Machang, malam tadi.

Pengarahnya Abdul Ghani Che Kassim berkata antara kesalahan yang dilakukan ialah tiada lesen memandu atau lesen memandu tamat tempoh, tiada cukai jalan dan mengubah suai kenderaan termasuk ekzos dan cermin gelap tanpa kebenaran.

Seramai 25 pemandu kenderaan diperiksa oleh anggota Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dengan dua daripada mereka disahkan positif dadah, katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Abdul Ghani berkata operasi bersepadu itu melibatkan 30 pegawai penguatkuasa JPJ dan 18 anggota AADK Kelantan.

Operasi tersebut akan terus dilaksana bagi mengesan pengguna jalan raya yang melanggar peraturan. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LANGAT - Tidak mempamerkan cukai jalan dikesan menjadi antara kesalahan popular dilakukan pengguna jalan raya dari arah Banting ke Jugra sepanjang Op Lampu Merah dilaksana Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat di laluan Banting ke Jugra, hari ini.
  • KUALA SELANGOR - Padah buat 10 pengguna jalan raya apabila mereka dikenakan saman apabila melanggar lampu isyarat merah sempena Op Lampu Merah di KM45 Jalan Klang-Teluk Intan, pagi tadi.
  • KUALA SELANGOR - Sebanyak 150 saman pelbagai kesalahan trafik dikeluarkan sejak hari pertama Ops Selamat 2018 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor dilancarkan sempena Tahun Baru Cina di KM45 Jalan Klang-Teluk Intan, semalam.
  • KUALA SELANGOR - Sebanyak 150 saman pelbagai kesalahan trafik dikeluarkan sejak hari pertama Ops Selamat 2018 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor dilancarkan sempena Tahun Baru Cina di KM45 Jalan Klang-Teluk Intan, hari ini.
  • SHAH ALAM - Pemandu yang meletakkan kenderaan mereka di bahu jalan di sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, bakal berdepan tindakan tunda dan saman oleh pihak polis.