BESUT - "Akibat masalah itu, dia terlantar lebih setahun di rumah sebelum dapat menyabung persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jabu awal tahun ini." Demikian Yauza Jusoh, 51, yang memohon simpati orang ramai untuk membantu merawat anak lelakinya berusia 17 tahun yang lumpuh anggota badan kerana menghadapi masalah saraf sejak lebih setahun yang lalu.

Yauza dari Kampung Pondok Paku dekat Kerandang di sini berkata, anaknya Muhamad Muhaimin, lumpuh kedua belah-belah kaki dan tangan kanan didakwa akibat selepas menerima suntikan kesihatan.

Menurutnya, anggota badan Muhammad Muhaimin mula lemah selepas suntikan pada 8 November 2010 ketika belajar dalam Tingkatan Tiga di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Muadzam Shah, Pahang.

“Akibat masalah itu, dia terlantar lebih setahun di rumah sebelum dapat menyambung persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jabu awal tahun ini,” katanya.

Yauza berkata, anaknya disahkan oleh pakar perubatan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan menghidap penyakit Post Vaccination TT, disyaki akibat kesilapan suntikan.

Walaupun beberapa kali berulang alik menerima rawatan di hospital berkenaan namun keadaannya masih tidak banyak berubah apabila semua anggota badannya yang lumpuh masih belum dapat digerakkan hingga sekarang kecuali tangan kirinya yang dapat digerakkan.

“Dia bersekolahpun kerana semangatnya kuat untuk ke sekolah. Tetapi saya dan isteri, Hanisah Ishak, 46, terpaksa mengendongnya sebelum diletakkan di atas kerusi roda setiap kali dia pergi dan pulang ke sekolah.

“Dalam usia saya sebegini, saya terpaksa menggagahkan diri untuk mengangkat badannya seberat kira-kira 86 kilogram,” katanya yang ditemui di rumahnya di sini.

Menurutnya, dia tidak dapat melakukan pekerjaan kerana terpaksa menguruskan anaknya untuk pergi dan pulang ke sekolah selain terpaksa bersiap sedia pada bila-bila masa ke sekolah sekiranya Muhamad Muhaimin ingin membuang air besar atau kecil.

Katanya, dia sekeluarga kini hanya mengharapkan bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300.

"Dengan pendapatan sebegitu, saya sekeluarga tidak mampu membiayai perbelanjaan untuk anaknya mendapatkan rawatan pakar atau secara alternatif," katanya.

"Tambahan lagi, tiga adik beradik Muhamad Muhaimin masih belajar termasuk kakaknya Nur Izzati, 21, terpaksa berhenti belajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM), sebaliknya bertukar belajar di Kolej Kejururawatan di Kuala Lumpur kerana menyedari keluarganya kesempitan wang.

Dua lagi adik Muhamad Muhaimin, Mohd Habib Muizzuddin belajar dalam Tingkatan Dua juga di SMK Jabi dan Muhammad Marzulqi, murid Tahun 1 Sekolah Kebangsaan Bukit Tempurung.

Sehubungan itu, Yauza dan isterinya merayu mana-mana pihak atau individu khususnya Kerajaan Negeri agar dapat membantu merawat anaknya supaya dia dapat bergerak seperti biasa dan masa depannya cerah seperti rakan sebayanya yang lain.

Kisah penderitaan remaja ini pernah disiarkan Sinar Harian April tahun lalu dan sebarang bantuan boleh menghubungi Hanisah di talian 013-9545767.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • BESUT - Polis menumpaskan geng Boy Alza yang dikesan menggunakan penyembur cecair racun serangga terhadap mangsanya sebelum menyamun di sekitar daerah ini yang aktif sejak sebulan lalu.
  • BESUT - Lazimnya pokok pisang hanya berbuah sekali, tetapi sebaliknya berlaku pada sebatang pokok pisang ditanam seorang tukang rumah, Mohd Ab Halim Abd Wahab, 52, dekat Tembila.
  • BESUT - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggalakkan pengusaha, pengendali resort dan penduduk kampung di kawasan pulau peranginan di negara ini mendaftar sebagai sukarelawan atas talian atau lebih dikenali Volunteer Smartphone Patrol (VSP) dalam usaha memerangi jenayah di kawasan tersebut.
  • BESUT - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggalakkan pengusaha, pengendali resort dan penduduk kampung di kawasan pulau peranginan di negara ini mendaftar sebagai sukarelawan atas talian atau lebih dikenali sebagai Volunteer Smartphone Patrol (VSP) dalam usaha memerangi jenayah di kawasan tersebut.
  • BESUT - Polis Daerah Besut berjaya menyelesaikan lapan kes kecurian motosikal di daerah ini dengan tertangkapnya empat remaja dalam Ops Lejang yang bermula semalam sehingga jam 2 pagi ini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.