BESUT - Majlis Daerah Besut (MDB)  dengan kerjasama beberapa agensi lain mewujudkan Zon Mandian Selamat di Pantai Bukit Keluang bagi memastikan aktiviti riadah dijalankan di kawasan berkenaan selamat dan berada dalam pemantauan pihak berkuasa.

Yang Dipertua Majlis Daerah Besut, Abd  Rashid Jusoh berkata, bagi menjayakan mewujudkan Zon tersebut , pihaknya telah menyusun semula lokasi pengkalan pengusaha bot dan 'banana  boat'  di pantai tersebut.

Menurutnya,  hasil mesyuarat bersama termasuk membabitkan Ibu Pejabat Polis Daerah Besut,  Jabatab Laut Malaysia, Jabatan Taman Laut Malaysia,  Pejabat Penyelaras Dun Kota Besut dan Angkatan Pertahana   Awam Malaysia (APM)telah menetapkan  zon larangan untuk pengusaha bot di situ.

"Kita telah tetapan zon selamat untuk pengunjung mandi manda iaitu berdekatan Bukit Keluang dan akan dipasang dengan pelampung khas menandakan kawasan orang ramai mandi.

"Sehubungan itu kawasan tersebut dilarang untuk semua pengusaha bot penumpang atau banana memasuki kawasan tersebut untuk menurun atau menaikkan penumpang, " katanya dalam majlis dialog  dengan kira Kira 17 pengusaha bot dan banana boat Pantai Bukit Keluang di pantai tersebut.
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • BESUT - Majlis Daerah Besut (MDB) akan membangunkan daerah itu dari sebuah daerah berasaskan pertanian kepada sebuah daerah elit moden sesuai dengan sasaran untuk menjadikannya sebagai sebuah majlis perbandaran menjelang tahun 2022.
  • KUALA KETIL - Penduduk dan peniaga Taman Desa Bidara, di sini, membantah pembinaan 35 unit kedai makan Majlis Daerah Baling (MDB) yang dibina berhampiran kediaman mereka.