KUALA TERENGGANU - Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman mengucapkan tahniah dan terima kasih warga pendidik serta ibu bapa yang banyak berkorban demi merealisasikan keputusan cemerlang Sijil pelajaran Malaysia (SPM) 2016.     

Beliau berkata, Terengganu mencatatkan peningkatan dari segi Gred Purata Nasional (GPN) pada 5.02 berbanding 5.06 pada 2015 serta berjaya mengatasi GPN peringkat kebangsaan iaitu 5.10.    

"Seluruh kepimpinan negeri mengucapkan tahniah atas kejayaan cemerlang dua calon yang memperolehi A+ dan 306 calon yang mendapat A dalam semua mata pelajaran dan tahniah juga kepada Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Nerus yang muncul sebagai sekolah terbaik SPM 2016 Terengganu kali ini," katanya dalam kenyataan, hari ini.    

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Terengganu, Shafruddin Ali Hussin berkata seramai 18,304 calon menduduki SPM 2016 dan daripada jumlah itu 56.52 peratus lulus semua mata pelajaran yang diambil.    

"Kami bersama semua Pejabat Pendidikan Daerah dan pengetua akan membuat analisis terperinci keputusan SPM kali ini agar dapat melakukan penambahbaikan pada masa akan datang," katanya kepada pemberita selepas sidang media pengumuman SPM, di sini.    

Terdahulu, beliau menyampaikan slip keputusan SPM kepada tiga pelajar cemerlang Terengganu iaitu Husna Mardhiyyah Mohd Fauzi, 18 dari Sekolah Menengah Imtiaz Kemaman (11A+), Lam Sin Gee, 18 dari SM Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman (9A+) dan Nur Syuhada Alias, 18 dari SMK Bukit Besar (4A 1A- 1B+ 1C dan 1E) yang diumumkan sebagai calon berkeperluan khas terbaik SPM 2016. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • NIBONG TEBAL - Hasrat seorang pelajar menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun hadapan masih samar apabila dia kini terlantar di atas katil selepas terlibat dalam kemalangan pada 24 September lalu.
  • KUALA BERANG - Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Hulu Terengganu berjaya membantu empat pengawas peperiksaan yang membawa kertas peperiksaan bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Jeneris, awal pagi semalam setelah laluan ke sekolah tersebut ditenggelami banjir.
  • SUNGAI PETANI - Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terjejas banjir akan diberi kelayakan penempatan khas bagi mengelakkan peperiksaan yang dihadapi, terganggu.
  • SEREMBAN - Kagum dengan semangat Puteri Jeslina Natasha Mior Azlan Shah, 17, yang gigih untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) meskipun kini derita menghidap kanser tumor di saraf tunjang tahap tiga, telah mendorong Kelab Komuniti Prihatin membantu remaja berkenaan.
  • JOHOR BAHRU - Seorang bapa tunggal gigih membesarkan empat cahaya matanya, sehingga berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam akademik.