KUALA TERENGGANU – Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab pihak tertentu yang mewujudkan satu akaun facebook palsu mirip dengan facebook rasmi beliau.

Adun Rhu Rendang itu berkata, akaun rasmi facebook beliau hanya ada satu iaitu www.facebook.com/DrAhmadSamsuri.

“Selain daripada itu, akaun tersebut bukan milik dan tidak mewakili saya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Dr Ahmad Samsuri meminta semua pengikut laman sosialnya membuat laporan kepada facebook tentang  akaun palsu itu bagi mengelak sebarang kekeliruan.