CHUKAI - Menginjak usia 187 tahun, Masjid Lama Kampung Tuan yang popular kerana dibina tanpa paku terus menggamit kehadiran pengunjung yang mahu melihat dari dekat keunikan seni bina dan sejarahnya.

Limah Abdullah, 61, yang tinggal bersebelahan masjid itu sejak berusia 14 tahun berkata, pengunjung yang melawat masjid yang dibina menggunakan kaedah pasak itu tidak pernah putus ketika dia masih remaja sehingga memasuki usia emas ketika ini.

“Walaupun kedudukan masjid ini terlindung antara rumah-rumah penduduk tapi ramai yang datang ke masjid ini termasuk pelancong dari jauh.

“Kadang-kadang ada yang datang tanya makcik pasal masjid dan makcik ceritakan serba sedikit yang makcik tahu,” katanya.

Setelah menghampiri usia dua abad, masjid yang  diperbuat menggunakan kayu cengal itu juga dimakan usia menyebabkan ia terpaksa dibaik pulih namun pada masa sama keaslian reka bentuk dan keunikannya masih dikekalkan.

Terbaharu, Limah berkata, atap masjid itu baharu sahaja ditukar pada Januari lalu ekoran atap sedia ada pecah serta rosak.

“Masjid ini boleh muatkan 100 jemaah.

"Ramai juga pelancong yang berjemaah ke sini masa datang melawat.

“Apa yang menariknya masjid ini masih mempunyai telaga berdinding batu bata merah dibina sejak masjid ini didirikan,” katanya.

Masjid Lama Kampung Tuan yang dibina pada 1830 suatu ketika dahulu merupakan sebuah surau dan dibina oleh seorang guru agama berasal dari Pattani, Thailand, Syed Abdul Rahman Abdul Samad yang melarikan diri ke Kemaman akibat peperangan di tanah airnya.

Beliau membina surau itu bagi memudahkannya mengajar agama kepada penduduk kampung memandangkan kelasnya mendapat sambutan menggalakkan.

Kata Limah, jika masjid lain memiliki kubah, Masjid Lama Kampung Tuan terkenal kerana di puncak bumbungnya terdapat buah buton gergasi yang diperbuat daripada tembaga yang menjadikan identiti masjid itu lain daripada lain.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • IPOH - Kariah Masjid Al-Ansar Bandar Meru Raya terkejut selepas melihat rakaman CCTV yang menunjukkan sekumpulan anjing liar memasuki ruang masjid itu, 29 September lalu.
  • IPOH - “Wujud koperasi masjid untuk memperbagaikan aktiviti, termasuk dobi,”
  • KUALA TERENGGANU - Masjid yang mempunyai lebihan dana terutama di kawasan bandar-bandar Terengganu disaran mewujudkan satu pusat perniagaan yang menawarkan pelbagai perniagaan kategori perkhidmatan kepada masyarakat setempat sebagai jihad ekonomi umat Islam.
  • KOTA BHARU - Institusi masjid disarankan mengubah sistem pentadbiran ke arah lebih profesional sejajar dengan peranannya semakin mencabar sebagai pusat kegiatan ilmu masyarakat Islam, kata Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa.
  • RANTAU PANJANG - Dua lelaki tersepit di tempat duduk selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas merempuh anjung Masjid Parit Air dekat pintu masuk kedua Zon Bebas Cukai Rantau Panjang, semalam.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.