KUALA TERENGGANU - Seorang pemandu lori bersama kelindannya berdepan detik mencemaskan apabila lori dinaiki mereka terbalik berhampiran persimpangan lampu isyarat di Jalan Persimpangan Tenaga Nasional Berhad (TNB), di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.40 pagi itu, pemandu lori, Muhammad Zulkifli Harun, 28, ditemani kelindannya, Muhammad Azli Yusof, 34, dalam perjalanan menghantar 200 karton air mineral dari Kampung Tanjung ke Pulau Kambing, di sini.

Menurut sumber, semasa tiba di lokasi kejadian, pemandu lori dipercayai menekan brek kecemasan apabila dikatakan cuba mengejar lampu isyarat.

“Pemandu lori terbabit dipercayai memandu dengan laju kerana cuba mengejar lampu isyarat sebelum menekan brek kecemasan di persimpangan lampu isyarat dan terbabas lalu terbalik,” katanya.

Susulan kejadian, kelancaran lalu-lintas di lokasi kejadian tergendala hampir 20 minit sebelum berjaya diatasi oleh pihak berkuasa.

Bagaimanapun, kedua-dua mangsa dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan sahaja.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • TAIPING - “Tunggu mama di syurga," itu luahan pilu Zarina Yong, 44, ibu kepada tiga beradik yang maut dalam kemalangan ngeri melibatkan sebuah lori muatan ikan dan empat kenderaan di Lenggong, semalam.
  • KANGAR - Dua remaja lelaki maut dirempuh sebuah kereta ketika menunggang motosikal secara melawan arus di Lebuhraya Changlun-Kuala Perlis berhampiran jambatan Utan Aji dekat sini, malam tadi.
  • KUALA LUMPUR - Seorang konstabel polis putus tangan kiri dan patah tulang tengkuk selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan di Km1.4 Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (SILK), di sini, hari ini.
  • GOPENG - [VIDEO] Seramai 12 penumpang sebuah bas ekpress dilaporkan cedera dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 295.7 Lebuhraya Utara Selatan arah Utara, pagi tadi.
  • MUADZAM SHAH - Bapa bersama seorang anak perempuannya maut selepas kereta jenis pelbagai guna (MPV) yang dinaiki lima sekeluarga dari Simpang Renggam, Johor, itu dirempuh sebuah lori tangki.