KEMAMAN - Seorang lelaki maut setelah motosikal yang ditungganginya hilang kawalan sebelum tercampak ke atas jalan dalam kejadian di Jalan Ibok-Seri Bandi berhampiran Bandar Seri Bandi, di sini, hari ini.

Dalam kejadian lebih kurang jam 11 pagi itu, Ibrahim Abdullah, 59, meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan kejadian tersebut.

Menurutnya, ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda Dash dalam perjalanan pulang dari arah Kampung Ibok ke rumahnya di Bandar Seri Bandi.

"Kejadian berlaku di satu laluan lurus dengan keadaan trafik ketika kejadian lengang dan mangsa menunggang bersendirian.

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal mangsa hilang kawalan ke kanan jalan sebelum melanggar besi penghadang jalan menyebabkan mangsa tercampak ke atas jalan dan mengalami kecederaan parah," katanya.

Tambah Mohd Said, pasukan perubatan yang tiba tidak lama kemudiannya mengesahkan mangsa sudahpun meninggal dunia.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kemaman di Chukai untuk bedah siasat dan tindakan lanjut.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PETALING JAYA - Seorang penunggang motosikal maut selepas dipercayai merempuh belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan dalam kejadian di Kilometer 15.1 Lebuhraya NKVE, dekat sini, hari ini.
  • TASEK GELUGOR - Seorang guru sekolah memandu maut selepas keretanya terbabas dalam satu kemalangan di Jalan Pokok Machang, di sini malam kelmarin.
  • BELURAN - Seorang lelaki maut apabila kereta dipandunya bertembung dengan sebuah kereta lain di Kilometer 14 Jalan Telupid-Beluran hari ini.
  • JOHOR BAHRU - Pengalaman pertama kali memotong kain kafan turut menjadi yang terakhir buat seorang pelajar tingkatan tiga yang meninggal dunia dalam nahas jalan raya di Jalan Pantai menghala Pasir Gudang, di sini, awal pagi semalam.
  • IPOH - Seorang lelaki maut selepas kereta Proton Saga dipandunya dirempuh kenderaan lain di Jalan Kuala Kangsar, di sini, hari ini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.