DUNGUN - Kematian seorang lelaki secara tiba-tiba di dalam sebuah kereta di hentian rawat dan rehat (R&R) Paka, Lebuhraya Pantai Timur Fasa II di sini, kelmarin mengejutkan orang ramai yang singgah di kawasan itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi, mangsa, Ali Mohammood, 54, dari Kampung Sentol Patah, Marang bersama isterinya, Sudaidah Wan Deraman, 52, berhenti di R&R Paka.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacob berkata, ketika di R&R Paka, mangsa yang juga bekerja sebagai pemandu Pejabat Agama Marang berada dalam keadaan tidak sihat.

“Memandangkan mangsa tidak sihat dan mengadu sakit, isterinya meminta orang ramai di sekitar untuk menghubungi Hospital Dungun.

“Bagaimanapun ketika kakitangan dari Hospital tiba, mangsa disahkan sudah meninggal dunia," katanya.

Menurutnya, jenazah mangsa kemudiannya dihantar ke unit forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat.

“Berdasarkan bedah siasat, pegawai perubatan mengesahkan punca kematian disebabkan oleh Coronari Artery Occlussion atau menghadapi masalah berkaitan jantung.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya kepada Sinar Harian.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.