KUALA TERENGGANU - Kurang mendapat pendedahan serta kurang pengetahuan antara punca semakin ramai wanita, khususnya golongan ibu di negeri ini dijangkiti HIV/Aids.
Presiden Komuniti Cakna Terengganu (KCT) Dr Mustapa Che Omar berkata penularan jangkitan dilihat semakin serius sejak kebelakangan ini dan membawa implikasi besar kepada institusi keluarga.
"Kita akui makin ramai golongan ibu turut dijangkiti virus berbahaya ini dan majoriti disebabkan suami golongan penagih yang rata-rata hanya bekerja kampung dan kurang pengetahuan mengenai virus itu," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.
Perkara itu katanya diburukkan lagi dengan sikap kebanyakan mereka yang memperlekehkan usaha KCT memberi penjelasan berhubung penyakit maut tersebut.
Ada yang menganggap nasihat yang diberi mengganggu mereka, katanya menambah kebanyakan golongan ibu yang dijangkiti tidak tahu pasangan mereka menghidap penyakit itu.
Sementara itu, Dr Mustapa berkata KCT menyediakan rumah perlindungan untuk penghidap HIV/Aids yang direalisasikan menerusi bantuan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu serta Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu.
Selain itu KCT juga membantu bekas penagih dadah di negeri ini menjalani pemulihan dengan mengusahakan kebun sayur, katanya.
Sebelum ini dilaporkan terdapat 8,833 kes HIV dengan 212 kes baru pada akhir 2011, di Terengganu. - Bernama
Kurang pengetahuan antara punca kaum ibu dijangkiti HIV/AIDS
Artikel Berkaitan
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
- Suami isteri curi pasu, pokok bunga direman
- Bergantung pada alat bantuan pernafasan
- Disamun ketika cuci pakaian
- Bumbung bocor jejaskan jemaah
- Berdepan penjara 7 tahun
- Pelajar mungkin pekak ditampar guru
- Struktur semua masjid di Terengganu akan dipantau
- Sub kontraktor rugi RM30,000
- Hanya perlu bawa mangga
- Port dadah atas puncak bukit
- Tragedi anak melambung dirempuh masih dirasai
- Arsyrah tak sedarkan diri
- Kesabaran Speaker Dun Terengganu tercabar
- Bekas pelajar SK Pusat Jerteh rancang tubuh alumni
- Tujuh tahun tiada jenayah
- Tunai ibadat haji untuk anak
- Polis nyaris kena tetak
- Tikam adik kerana cat
- Sanggup bawa anak lepas gian
- Bomba nasihat elak pembakaran terbuka




