MARANG - Sebanyak 78 pain darah berjaya dikumpulkan dalam tempoh lima jam pada Kempen Derma Darah anjuran Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Wakaf Tapai, Marang, di sini.

Kempen yang diadakan dengan kerjasama Unit Transfusi Darah Hospital Sultanah Nur Zahirah itu bagi mengisi tabung bekalan darah kerana menyedari darah diperlukan pada setiap masa.

Pengarah Cawangan Pengurusan Pelajar IKBN Wakaf Tapai, Normazita@Siti Hajar Mansor berkata, kempen itu juga dapat untuk mewujudkan kesedaran dalam kalangan pelajar IKBN.

Menurutnya, perlu wujud kesedaran yang tinggi dalam kalangan pelajar bagi memastikan bekalan tabung darah hospital utama itu sentiasa mencukupi dalam menghadapi saat kecemasan.

"Seperti semua sedia maklum, keperluan dan permintaan terhadap darah semakin meningkat apabila melibatkan kes-kes rawatan memerlukan pembedahan dan juga membabitkan kemalangan serius.

"Kempen ini dilihat dapat mewujudkan kesedaran kepada mereka untuk menjadikan penderma darah seterusnya dapat dijadikan sebagai satu tanggungjawab serta satu budaya hidup," katanya, di sini.

Pihaknya juga berbangga kerana sambutan diterima setiap kali kempen derma darah diadakan adalah menggalakkan dan ia merupakan aktiviti tetap kepada pelajar sesi kemasukan Januari dan Julai setiap tahun.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA TERENGGANU - Ibarat ketagih menderma darah, seorang pesara tentera akan berasa pening dan tidak selesa jika tidak menderma darah yang sudah menjadi rutin amalannya sejak tahun 1982.
  • KUALA TERENGGANU - Ibarat ketagih menderma darah, seorang pesara tentera akan berasa pening dan tidak selesa jika tidak menderma darah yang sudah menjadi rutin amalannya sejak tahun 1982.
  • BENTONG - Jawatankuasa Rayuan Derma Darah /HIV Aids dengan kerjasama Persatuan Bulan Sabit Malaysia (PBSM) Negeri Pahang telah menganjurkan Program Sehari Bersama Masyarakat kelmarin, bagi mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat di daerah ini.
  • PERMAISURI - [VIDEO] Seorang anggota bomba menderma darah lebih dari 100 kali sejak 2003 lagi.