KUALA KEJIR - Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di negeri ini digalakkan membuka akaun laman sosial seperti Facebook, Twitter ataupun Instagram di peringkat KRT masing-masing sebagai salah satu platform terbaik yang ada pada hari ini bagi membuat hebahan maklumat dengan lebih cepat.

Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Terengganu, Burhanuddin Daud berkata, kemudahan media sosial itu juga dapat digunakan bagi mempromosikan sesuatu program sekali gus menyebarluaskan lagi peranan KRT atau manfaat penubuhan Skim Rondaan Sukarela (SRS) kepada orang ramai.

“Jumlah KRT seluruh Terengganu buat masa ini sebanyak 491 KRT dan daripada bilangan itu, 46 KRT berada di daerah Hulu Terengganu ini. Selaras dengan perkembangan teknologi, KRT juga seharusnya tidak ketinggalan untuk membuat sesuatu hebahan dengan cepat.

“Namun pada masa yang sama juga, maklumat disampaikan itu perlulah tepat dan benar. Selain dapat memastikan masyarakat mengetahui tentang penubuhan dan peranan KRT dalam sesebuah komuniti, ia juga bagi pastikan segala dasar kerajaan terutamanya berkaitan perpaduan serta kesejahteraan rakyat dapat disampaikan ke peringkat akar umbi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui, di sini, kelmarin sempena Majlis Perasmian Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Kampung Kuala Kejir dan PI1M Tengkawang yang disempurnakan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia merangkap Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Seri Jailani Johari.

Tambahnya, di sebalik kemudahan itu juga komuniti di sesebuah KRT juga diingatkan agar tidak menggunakan laman sosial sebagai medan untuk menghentam atau cetuskan sesuatu kontroversi kerana ia kelak akan turut memberi imej tidak baik kepada individu tersebut dan KRT itu sendiri selain undang pelbagai kesan lain.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUANTAN - Selepas mereka mencuri motosikal dan meleraikan komponen satu persatu, mereka menawarkan barangan tersebut di laman sosial yang dipercayai mempunyai pelanggan tetap.
  • ISKANDAR PUTERI - “Saya terpaksa guna media sosial untuk mendedahkan penipuan mereka yang menggunakan nama Umno untuk kepentingan peribadi dan tidak mahu orang lain menjadi mangsa,” kata seorang peniaga yang mahu dikenali sebagai Ungku Roshalifah, 38.
  • MELAKA - Individu yang menyiar atau menyebarkan bahan berkaitan fahaman Syiah atau sebarang ajaran bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) di laman sosial digesa supaya berhenti berbuat demikian.
  • BATU PAHAT - Kerana terpedaya dengan pujuk rayu kenalan WeChat, seorang remaja perempuan berumur 13 tahun telah menjadi mangsa kerakusan empat lelaki berusia 14 hingga 15 tahun yang baru dikenalinya seminggu lalu.