MARANG - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) meluluskan peruntukan sebanyak lebih RM60 juta untuk pembinaan dua jalan di Marang.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub berkata, tender untuk dua projek jalan sejauh kira-kira tujuh kilometer itu akan dikeluarkan bulan depan.

Menurutnya, dua projek jalan iaitu dari Jalan Kenanga ke Wakaf Tapai adalah sejauh kira-kira 3.5 kilometer termasuk pembinaan sebuah jambatan yang membabitkan peruntukan sebanyak RM22.7 juta.

"Projek pembinaan jalan bermula dari Wakaf Tapai ke Kampung Lubuk Batu pula sejauh kira-kira 3.5 kilometer, termasuk pembinaan dua jambatan pula membabitkan peruntukan sebanyak RM37.5 juta," katanya.

Ahli Parlimen Bera itu berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Marang di Dewan Majlis Daerah Marang (MDM), di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Umno Bahagian Marang, A Latiff Awang dan Ketua Wanita Umno Marang, Toh Puan Zaitun Mat Amin.

Beliau berkata, dua projek pembinaan jalan itu dijangka dimulakan pada akhir tahun ini atau selewat-lewatnya awal tahun depan.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUCHING - Kerajaan negeri menerima peruntukan RM36.82 juta bagi Projek Penambahbaikan Dan Penyenggaraan Sekolah Menggunakan Peruntukan Tabung Khas (PPKHAS) 2018, melibatkan 552 sekolah tahun ini.
  • BANDARAYA MELAKA - Kerajaan persekutuan menerusi Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) memperuntukkan sebanyak RM300 juta bagi kajian dan pelaksanaan program off river supply (ORS) di negeri ini.
  • KOTA KINABALU - Kerjasama dan kesepakatan antara Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) selaku peneraju peranan jabatan Persekutuan dan jabatan kerajaan negeri Sabah telah dapat memastikan peruntukan pembangunan disalurkan kerajaan sampai kepada rakyat.
  • AMPANG - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sekali lagi menegaskan soal pentadbiran negeri tidak sepatutnya perlu campur tangan istana untuk menyelesaikannya.
  • SANDAKAN - Hubungan baik yang terjalin di antara kerajaan negeri Sabah dan Persekutuan membolehkan peruntukan besar diagihkan untuk pembangunan pendidikan di negeri ini, kata Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman.