JERTIH - Kerajaan Terengganu akan membuka tawaran kepada rakyat negeri ini untuk mengusahakan tanah terbiar milik kerajaan di seluruh negeri dengan pelbagai projek pertanian.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi  negeri, Datuk Muhammad Pehimi  Yusof berkata, kerajaan negeri sedang mengenal pasti tanah terbiar milik kerajaan di seluruh negeri untuk tujuan tersebut.

Menurutnya, tanah tersebut nanti akan ditawarkan kepada pemohon yang berminat bercucuk tanam dengan memberikan mereka Lesen Menduduki Sementara (LMS).

“Tawaran akan diberikan kepada rakyat negeri ini tanpa mengira had umur dengan syarat mereka benar-benar ingin mengusahakan tanah tersebut untuk sebarang projek pertanian “Program ini akan dilaksana sebaik sahaja proses mendapatkan data tanah yang kosong itu selesai tidak lama lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan perjumpaan minum pagi (ngeteh) dengan penoreh getah anjuran Risda Besut di Kampung Alor Saji dekat sini semalam.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menjalankan siasatan secara menyeluruh berhubung isu penyerahan tanah bernilai 1.18 bilion di Ijok, Kuala Selangor.
  • KUCHING - Kerajaan negeri Sarawak bersedia meminda Kanun Tanah Sarawak sebagai jalan penyelesaian isu Pemakai Menua dan Pulau Galau, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
  • GUANDONG - CHINA. Pemaju hartanah, Country Garden Pacific View (CGPV) menjadi pemacu haluan dua hala untuk dua institusi pendidikan tinggi bagi mengembangkan bidang kemahiran dan penyelidikan antara Malaysia dan China.
  • REMBAU - “Susah hati saya. Dulu janji saya duduk sini sampai mati. Sekarang disuruh pula keluar dari rumah pusaka ini,” kata Rokiah Ibrahim, 80an, ketika ditemui di rumah pusakanya di Kampung Kota, di sini, semalam.
  • KUANTAN - Penduduk di Lorong Sekilau 64, Jalan Haji Ahmad, di sini, resah berikutan kejadian tebing tanah yang mendap di belakang rumah semakin serius.