DUNGUN - Beberapa peniaga di Pasar Besar Kuala Dungun mengalami kerugian apabila bangsal mereka diterbangkan angin dalam kejadian ribut kencang , di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, ribut kencang berserta hujan lebat atau  dipanggil 'kepala angin' oleh penduduk tempatan melanda secara tiba-tiba dan merosakkan bangsal peniaga serta menerbangkan kanopi mereka.

Peniaga, Abu Bakar Embong, 57 berkata, sewaktu kejadian dia tiada di lokasi dan bergegas ke tapak niaga apabila dimaklumkan oleh seorang rakan.

Menurutnya, akibat kejadian malang itu, rata-rata enam peniaga yang terjejas mengalami kerugian sekitar RM1,000 hingga RM1,500.

“Semua peniaga sudah pulang ke rumah masing-masing sebaik sahaja selesai berniaga.

“Bagaimanapun kami ke sana semula apabila mendapat khabar buruk yang telah merosakkan bangsal niaga.

“Tiba di lokasi kejadian tempat niaga saya sudah runtuh dan bumbung telah diterbangkan angin.

“Semua atap sudah rosak dan saya memerlukan kira-kira RM 1500 untuk menggantikan kerosakan dengan yang baharu,” katanya kepada pemberita.

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.