KUALA TERENGGANU - Kelewatan penghantaran bas amfibia ke Terengganu tidak melibatkan impak kewangan dan kosnya kekal sekitar RM3 juta, kata Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Beliau berkata kelewatan penghantaran itu berpunca daripada tiga faktor termasuk cuaca sejuk yang melengahkan pengujian dan pensijilan oleh pihak ketiga di Malta.

Turut menyumbang kepada kelewatan ialah terhadnya kapal pengangkut, katanya menjawab soalah Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar (BN-Air Putih) pada persidangan Dun, di sini hari ini.

Ahmad Razif berkata, punca ketiga ialah kegagalan sistem hidraulik pada kenderaan itu dan kerajaan negeri mahu masalah tersebut dibaiki sebelum bas amfibia berkenaan diserahkan kepadanya.

Terengganu dijangka menerima bas itu pada Jun ini setelah beberapa kali tertangguh sejak 2015.

Menjawab soalan tambahan Wan Abdul Hakim akan kepentingan bas itu kepada Terengganu, Menteri Besar berkata ia boleh menjadi satu tarikan pelancongan seiring dengan usaha kerajaan negeri mahu menjadikan industri tersebut sebagai penyumbang alternatif hasil negeri. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA NERUS - Kerajaan negeri mewajibkan semua kakitangan awam, pegawai syarikat berkait kerajaan (GLC) dan pengerusi JKKK di seluruh negeri mendaftar sebagai sahabat Revolusi Anti Rasuah (Gerah).
  • HULU TERENGGANU - Kerajaan negeri dan seluruh rakyat Terengganu melahirkan ucapan takziah dan rasa dukacita dengan kejadian kebakaran menimpa Pusat Tahfiz Darul Ittifaqah, Jalan Keramat Ujung, Kuala Lumpur yang berlaku pagi tadi hingga mengorbankan 23 mangsa melibatkan pelajar dan warden.
  • KUALA TERENGGANU - Terengganu akan menjadi negeri pertama di negara ini yang akan membuka hab pelancongan di bandar Huaxi, iaitu perkampungan terkaya di wilayah Jiangsu, China dalam usaha menarik lebih ramai pelancong China ke negeri ini.
  • KUALA LUMPUR - Kerajaan Negeri Terengganu telah membuat pindaan terhadap dasar Tanah negeri itu bagi menyeragamkan tempoh pajakan tanah kediaman dan perniagaan kepada 99 tahun berbanding 30 tahun dan 60 tahun sebelum ini.
  • KUALA NERUS - Kerajaan Negeri Terengganu menyeragamkan tempoh pajakan tanah kediaman dan perniagaan kepada 99 tahun berbanding 30 tahun dan 60 tahun sebelum ini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.