KUALA NERUS - Orang ramai yang berkunjung ke pantai Mengabang Telipot disaran agar menjauhi kawasan runtuhan bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Kolam,Mengabang Telipot Noradira Udin berkata orang ramai menjadikan kawasan itu bagaikan tapak pesta tanpa memikirkan risikonya hanya semata-mata untuk melihat lebih dekat.

“Jalan ini sudah ditutup untuk laluan orang ramai sejak malam tadi selepas runtuhan berlaku kira-kira 8.30 malam tadi akibat hentakan ombak setinggi 2.8 meter.

“Lokasi ini memang menjadi tumpuan orang ramai untuk nenikmati sotong celup tepung, namun amat membimbangkan apabila kebanyakan mereka bertindak memasuki laluan ini meskipun ia sudah ditutup,” katanya semasa ditemui media di sini.

Menurut beliau lagi keadaan lebih membimbangkan apabila orang ramai datang ke lokasi ini semata-mata untuk melihat tanah runtuh sedangkan kerja penambakan giat dijalankan.

Sementara itu, Pegawai Daerah Kuala Nerus, Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abd Jalil berkata pandangan penduduk kampung akan diambil kira dalam menangani  masalah hakisan, kerana mereka lebih arif situasi pantai dan laut  di kawasan itu.

“Sebenarnya, kita memang mengambil serius permasalahan ini sejak sekian lama, tetapi pihak kami sudah menyerahkan kerja-kerja penambakan kepada pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

“Apa yang kami harapkan kerja penambakan sementara ini mampu mengelak ia menjadi semakin teruk,” katanya yang turut membuat tinjauan di lokasi tersebut. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • MERSING - Kerja-kerja pembaikan tanah runtuh di KM16 Jalan Jemaluang berdekatan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Mersing bermula hari ini.
  • MERSING - Kos bagi kerja-kerja membaik pulih tanah runtuh di KM16 Jalan Jemaluang-Mersing dianggarkan mencecah RM1 juta.
  • MERSING - Laluan utama Jemaluang-Mersing berdekatan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Mersing ditutup sepenuhnya awal pagi ini susulan kejadian tanah runtuh, jam 2.30 pagi tadi.
  • KOTA KINABALU - Dua lelaki maut selepas motosikal ditunggangi mereka tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Marak Parak di Kampung Tandahawon di Kota Marudu pagi ini.
  • MERSING - Hujan lebat berterusan sejak awal pagi Isnin lalu menyebabkan beberapa kawasan di Pulau Aur mengalami gelinciran tanah hingga merosakkan beberapa struktur bangunan, kemudahan awam dan rumah penduduk.