KUALA TERENGGANU - Jumlah mangsa banjir di Terengganu pagi ini meningkat sedikit kepada 1,460 orang daripada 331 keluarga berbanding 1,275 orang merangkumi 305 keluarga malam tadi.

Peningkatan itu dicatat di daerah Kuala Terengganu yang merekodkan 1,362 orang daripada 304 keluarga berbanding 1,169 orang daripada 274 keluarga malam tadi.

Menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat menerusi Infobanjir, Dungun mencatatkan penurunan dengan hanya 78 mangsa (20 keluarga) masih berada di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Metangau berbanding 89 orang daripada 23 keluarga malam tadi.

Di Marang pula, jumlah terkini mangsa yang ditempatkan di SK Pasir Putih berkurang kepada 21 mangsa merangkumi tujuh keluarga selepas empat orang daripada sebuah keluarga dibenar pulang ke rumah mereka. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • TELUK INTAN - Pembinaan Pusat Rekreasi Riverfront Sungai Perak di bawah Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Teluk Intan, bakal memacu industri pelancongan di kawasan ini.
  • SIPITANG - Kesemua 127 mangsa banjir daripada 46 keluarga yang ditempatkan di Dewan Serbaguna Sipitang sejak semalam dibenarkan kembali ke kediaman masing-masing selepas banjir kilat yang melanda perkampungan mereka pulih.