KUALA TERENGGANU - Jumlah mangsa banjir di Terengganu menurun sedikit kepada 1,238 mangsa setakat jam 9 malam berbanding 1,302 mangsa petang tadi.

Mengikut Jabatan Kebajikan Masyarakat menerusi laman web Infobanjir, jumlah terkini itu meliputi seramai 316 keluarga di tujuh pusat pemindahan di lima daerah.

Kuala Terengganu mencatatkan jumlah mangsa banjir terbanyak iaitu 955 mangsa daripada 235 keluarga, Dungun (217 mangsa daripada 63 keluarga), Marang (39 mangsa daripada 13 keluarga) dan Setiu (27 mangsa daripada lima keluarga).

Di Besut, sebuah pusat pemindahan iaitu di Pulau Perhentian telah ditutup lewat petang ini setelah di sahkan kawasan terjejas kini selamat dan mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Di kawasan lain jumlah pusat pemindahan ialah masing-masing tiga di Kuala Terengganu, dua di Dungun manakala satu di Marang dan Setiu. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PETALING JAYA - Pengendali konsesi Lebuhraya Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (Litrak) bersedia menghadapi bencana banjir di lebuh raya bawah seliaannya pada musim perayaan ini termasuk membentuk Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT).
  • KAMPAR - Seramai 136 penduduk Orang Asli di Kampung Sungai Gabes di sini, sudah dua hari terpaksa meredah air apabila jalan kampung runtuh.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.