KUALA TERENGGANU - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Nilam berjaya menghasilkan Jalur Gemilang dengan menggunakan 700 keping 'flashcards' terpakai.

Selain itu, bendera turut menghiasi bangunan dan juga pagar sekolah tersebut bagi menyemarakkan lagi sambutan bulan kemerdekaan pada tahun ini.

Pengetuanya, Zaliha Mat Jusoh berkata, pihaknya mengambil masa selama dua minggu bagi menyiapkan bendera unik tersebut bermula dari mengumpul bahan-bahan iaitu kotak terpakai dan seterusnya proses mengecat menjadi bendera bersaiz 100x30 kaki persegi.

Menurutnya, idea untuk menghasilkan jalur gemilang itu dicadangkan oleh jawatankuasa gimik diketuai oleh ustaz Mohd  Nor Taib dengan hanya mengeluarkan perbelanjaan RM300 bagi membeli cat.

“Aktiviti ini bertujuan menyemai semangat patriotik dalam kalangan pelajar.  Hasil daripada komitmen yang diberikan oleh 700 pelajar dengan dibantu guru-guru, kami akhirnya berjaya menyiapkan bendera ini.

“Saya yakin dengan adanya aktiviti sebegini, kita dapat memupuk kesedaran mengenai pentingnya memelihara kedaulatan dan kemerdekaan negara,” katanya selepas majlis perasmian sambutan hari kemerdekaan peringkat sekolah itu, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Terengganu, Khairi Mohd Noor.

Mengulas lanjut, Zaliha berkata semangat patriotisme harus dipupuk secara berpanjangan terutama kepada pelajar dalam melahirkan masyarakat yang sentiasa cintakan negara dan tidak melakukan perkara yang akan memburukkan nama negara.

$content.code.value
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA TERENGGANU - Lebih 1,500 Jalur Gemilang digunakan untuk menghasilkan wau sepanjang 3,000 meter oleh seramai 645 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Gelugor, di sini, sempena sambutan penutup Hari Kebangsaan 2017.
  • TRONOH - Sejak menetap di Rancangan Perumahan Awam (RPA) pada 1969, Aminah Itam Talib, 75, tidak pernah sekali terlepas memasang Jalur Gemilang di rumahnya.
  • GUA MUSANG - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Wangi berjaya menghasilkan bendera sepanjang 50 meter sempena sambutan Kemerdekaan Negara ke-60.
  • SEGAMAT - Seramai 80 guru dan 1,100 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Putra, di sini, menyemarakkan sambutan bulan kemerdekaan dengan menghasilkan Jalur Gemilang bersaiz gergasi iaitu 22 meter panjang dan lapan meter lebar.
  • KUALA LUMPUR - Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-60, UEM Group Berhad (UEM Group), sebuah konglomerat berasaskan kejuruteraan infrastruktur dan perkhidmatan di negara ini, meneruskan tradisinya tahun ini dengan sekali lagi mengibarkan Jalur Gemilang di ibu pejabatnya di Mercu UEM.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.