KUALA TERENGGANU - Indeks jenayah Kuala Terengganu menunjukkan penurunan sebanyak 27.12 peratus dalam tempoh 10 bulan tahun ini dengan 387 kes berbanding 531 kes tahun lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Suffian Sulaiman berkata, penurunan sebanyak 144 kes itu dicatatkan bermula Januari hingga Oktober 2018.

"Kuala Terengganu telah menyelesaikan sebanyak 72.9 peratus kes menjadikan ia daerah kedua mencatatkan kadar penyelesaian kes tertinggi,” katanya.