DUNGUN - Hasrat sepasang suami isteri, Hashim Daud, 73  dan C.W Mariam C.W Abdullah, 65  ingin berkumpul dengan anak-anak, menantu dan cucu di hari lebaran tidak kesampaian apabila kediaman mereka musnah dalam kebakaran di kampung Kuala Jengal, di sini.

Bukan sahaja segala persiapan raya yang sudah dibuat dan dibeli musnah tetapi mereka mengalami kerugian kira-kira RM 300 000 akibat kejadian malang itu.

Insiden malang itu juga menyebabkan mereka tinggal sehelai sepinggang kerana semua barangan tidak sempat diselamatkan.

Sementara itu, Pegawai Pembangunan Masyarakat Dungun, Datuk Din Adam berkata, bantuan segera disalurkan kepada keluarga berkenaan supaya mereka dapat menyambut lebaran dengan baik.

"kami berusaha membantu dan untuk jangka panjang bantuan baik pulih rumah atau bina baharu akan disalurkan mengikut keperluan.

"Biasanya peruntukan sebanyak RM 45 000 akan disalurkan untuk rumah tetapi bergantung kepada keadaan atau keperluan,"katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Al-Muktaffi Billah Shah (AMBS), Jas Wari Awang@ Muhamad berkata, kebakaran membabitkan kemusnahan 100 peratus dan punca sebenar kejadian masih dijalankan.
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LANGAT - Kanak-kanak yang berusia 12 tahun yang berjaya menyelamatkan diri sempat menyaksikan nenek, datuk, adik dan sepupunya ditetak oleh seorang lelaki yang memakai topeng sebelum rumahnya dibakar.
  • DUNGUN - 16 sekeluarga termasuk ibu dalam pantang bersama sepasang bayi kembar yang baharu berusia 13 hari hilang tempat tinggal apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Paya, Balai Besar, di sini dalam kejadian kira-kira jam 12.45 tengahari semalam.
  • BANDAR BAHARU - Seorang ibu tunggal menanggung kerugian berganda selepas wang simpanan RM10,000 yang dihimpun sejak 10 tahun lalu hangus dalam kebakaran di kediamannya dalam kejadian 3 petang semalam di Kampung Sungai Buloh di sini.
  • PONTIAN - Kekurangan sumber air menjadi cabaran buat anggota Balai Bomba dan Penyelamat Pekan Nanas yang bertugas memadam kebakaran pusat pelupusan sampah dekat Kampung Air Putih yang bermula sejak seminggu lalu.
  • KLUANG - Seorang lelaki maut apabila kereta jenis Camry yang dipandunya hilang kawalan di kilometer (KM) 36, Jalan Yong Peng- Paloh, dekat sini, petang semalam.